Wednesday, January 7, 2009

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

Empat belas perkara sunat yang perlu dilakukan pada hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri.
(fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini)
2. Memuliakan fakir miskin
(fadhilatnya - Allah akan melapangkan kuburnya nanti).
3. Menahan marah.
(fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan redha).
4. Menunjukkan orang sesat.
(fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya).
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.
(fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap2 rambut yang disapunya).
6. Bersedekah.
(fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti2 dari kecik sehingga ia mati, diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini).
7. Memelihara kehormatan diri.
(fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan).
8. Mandi Sunat.
(fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun ini. Lafaz niat "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala").
9. Bercelak.
(fadhilatnya - Tidak akan sakit mata tahun ini).
10.Membaca Qulhuwallah hingga 1000 kali.
(fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti).
11.Sembahyang sunat empat rakaat.
(fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat "Sahaja aku sembahyang sunat hari Ayura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah bibaca Qulhuwallah 11x).
12.Membaca "Has biallahhu wa nik mal we keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
(fadhilatnya - tidak akan mati pada tahun ini).
13.Menjamu orang berbuka puasa.
(fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa).
14.Niat puasa "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Ayura kerana Allah Taala".
(fadhilatnya - diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka).

SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKANNYA... SEMOGA APA YANG DILAKUKAN DITERIMA YANG MAHA ESA... AMIN..

0 comments: