Tuesday, May 26, 2009

Ciumlah Anak-anak Anda

Mama dapat petikan ni dr email yg mama terima dr kawan mama (Pn. Ermawati).. Rasa menarik sgt tuk dikongsi bersama kawan-kawan...

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

6 comments:

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

aku insaf seketika baca post hg ni....

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

hanim ni awat ntah payah nak follow dia. kwn2 asma sapa lagi ada blog. aku pakai follow depa melalui hang la. tu pun jenuh usha smpai kecik biji mata. hg nya blog dgn shepah dgn sone tudia corak banyak ngat. hanim ja senang baca...x gaduh dok pekecik biji mata.

SM79 said...

ya ka insaf... hahahahha
hanim la ni x dak moon nk update blog dia. pembawakan budak kot.. dia bz sama la ni... mana yg dlm list aku ja yg aku tau... yg len x pasti plak... sja la bosan ngan background lama tu yg aku suka tukaq corak2..

SYAbAR said...

Dulu masa anak2 kecil2 mmg sellau cium, tp bila dah remaja ni depa sendiri naik segan bila dicium.

But akak akan tetap peluk dan cium anak2 apabila depa perolehi sesuatu kejayaan.

Naddiea said...

betoi2...jangan lupa cium anak2 especially masa nk tidoq.huuhuhu..tp kadang2 bila mengantuk sangat terlupa plak nk cium.
take care mak buyung!

SM79 said...

kak syabar
betul la kan akak... km pun dh besaq2 ni mak ayah pun masih cium kami sbg penghargaan sesuatu kejayaan..

naddiea
betoi tu naddiea.. cium depa time tdoq mmg best.. hehhehe