Sunday, June 28, 2009

My Mee Kari

My mee kari.. resepi turun temurun famili mama... Our favourite la ni.... Terliur plak bila tgk... sja masa weekend x tau nk msk pa... buat la mee kari ni... ni pun atas permintaan Mr SM.. mama pun membuat dgn jayanya.. terbanyak plak... so apa lg sedekah jer pd jiran2 tertangga kan.. benda dh bnyk.. dr membazir x tentu hala... baik beri pada orang.. bab kata pepatah.. "Lebih baik memberi dari menerima"...

Mama x suka masukkan kerang sekali dlm kuah... rasa x best.. mama suka buat sambal kerang... bila mkn mee kari masukkan kerang ke dalam mee ni.. br terangkat beb...

Wednesday, June 24, 2009

20 weeks

Smlm 23 Jun genaplah usia kandungan mama 20 minggu.. Hari ni mama ada appoinment dgn Doktor untuk repeat scan.. seronok jg bila pikir "klu la baby mama tunjuk jantina kan"... hehehe
Suspen sgt... Actually baby mama ni dh gerak start 15 minggu lg.. tp skit2 jer... la ni cam kuat dh.. awal pg mama pun g klinik.. kan apa nk amik no giliran... smp klinik kul 7.40.. mama dpt no. 4.. syamim sempat lg tdoq kt situ.. lambat la dia g tadika hr ni.. hr ni mmg ramai sbb semua nk jumpa Dr. kan... Smp ja giliran mama.. km ber3 trus masuk... mama, abah & syamim.. Dr. minta mama baring atas katil.. syamim siap angkat ibu jari (tanda good).. seolah2 nk ckp.. "all the best mama".. nak gelak pun ada...
Bila Dr. dh start scan dia pun teruja giler.. smp bila dh nmpk kepala baby dia jerit..
"mama tu adik... adik gerak2 lam perut mama".. Dr. ngan nurse gelak ja kt dia... yg paling best apa yg dia tnya Dr pg td...
"Dr, awat muka baby hitam ja... x nmpk la..." yg ni mmg buat Dr. ngan nurse gelak terbahak2.... Dr. pun jawab..
"TV kt klinik Dr. ni TV lama... sbb tu x dak warna...TV kt rumah abg ad warna dak????"
Syamim senyum ja sbb dia malu...

Seronok bila pikir bab anak2 ni kan... Tapi pg td sebenarnya belum nampak apa jantinanya... mgkin sbb masih kecil... ukuran kepala baby baru 4.56 cm... mama + abah x kisah apa sekali jantinanya.. asalkan baby kami sihat walafiat & selamat semuanya.. & yang penting kami dh sedia nama tuk kedua2 jantina tersebut...
Kid With DollKid With Toy Car
Baby Girl or Baby Boy???

Thursday, June 18, 2009

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

Mama ada dpt email ni dr kawan mama... di harap kawan2 semua ambil manfaat dari apa yg mama 'publish' hr ni... untuk kebaikan, rohani & jasmani kita sekeluarga... sama2 kita menjaga pemakanan seharian kita.... Semoga Allah menghancurkan kaum-kaum yang zalim dan musyrikin yang cuba menghancurkan Islam... Wallahu A'lam.


Harap kawan2 printkan kod ini dan simpan dlm wallet... semak kod ini sblm membuat pembelian ya...


SneakersI Love Candy


1.

E100

2.

E110

3.

E120

4.

E140

5.

E141

6.

E153

7.

E160

8.

E161

9.

E210

10.

E213

11.

E214

12.

E216

13.

E234

14.

E252

15.

E270

16.

E280

17.

E300

18.

E301

19.

E325

20.

E326

21.

E327

22.

E334

23.

E335

24.

E336

25.

E337

26.

E422

27.

E430

28.

E431

29.

E432

30.

E433

31.

E434

32.

E435

33.

E436

34.

E440

35.

E441

36.

E470

37.

E471

38.

E472

39.

E473

40.

E474

41.

E475

42.

E476

43.

E477

44.

E478

45.

E481

46.

E482

47.

E483

48.

E491

49.

E492

50.

E493

51.

E494

52.

E495

53.

E542

54.

E570

55.

E572

56.

E631

57.

E635

58.

E904

59.

E920



Sunday, June 14, 2009

Tip 50 Rangsangan Anak Bijak

Mama nak kongsikan 'entry' ni kepada semua kawan2 blogger yang bergelar ibu dan ayah.... selamat mencuba...

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi..

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda,buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama.. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna.
Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermanfaat!

*dipetik dari http://isuhagat1.blogspot.com/2009/06/tip-50-rangsangan-anak-bijak.html

Thursday, June 11, 2009

Dapat Award

Mama terima Award ini dari kawan sekolah mama, Azue a.k.a Zuraihan http://azue79.blogspot.com
Terima kasih kerana su
di menjengok blog mama yang tidak seberapa ini...
Thank YouRollKisses

Ok la mama pun x mau buang masa lagi... pas ni mama nk tujukan award mama pula kepada kawan-kawan mama yang lain... award yang mama buat sendiri... hehhehe x pandai pun.. hentam saja da.... pas ni korang pasing2 la ekk award ni....

Mama nk tujukan award mama yang tak cantik ni kepada beberapa kenalan mama yer....
Hanim
Kak Tinie
Sone
Naddiea
Zuraihan
Qamar
Ann aka Hana
Shikin aka Angah

Ok babai... selamat mentag pulak kepada kawan2 anda... bye...
I'm A Star

Wednesday, June 10, 2009

Hadiah Ker???

Ni pun still entry tertunggak.. tapi x pa.. mama akan ceritakan juga... Actually benda2 alah ni datangnya dari Singapore, Nilai & Tangkak... Masa mama d trip g Singapore Feb yg lalu... Baju BEN10 satu suite tu (Singlet, Jeans & jaket) tu mama beli kt Pasar apa ntah lupa dh nama dia... harganya baru Sin$12.00... terus mama teruja nk beli... sbb jeans pun ad kan... mmg feveret anak mama la kan... hahhaha

Balik ja km trus singgah kt Tangkak... Kt situ mama nk beli pasu bunga tuk mak tok Syamim... Smpi situ ad la pula bantal2.. teady bear semua.. waduhh.. teruja tuk kedua kalinya... Si Syamim nmpak plak bantal BEN10.. Allah... x bleh nak lari la.... kena beli juga la tuk dia... siap pakai dh baju BEN10 yg beli kt Singapore tu.... "Mama cepat la amik gambaq mim kt sini" hahhahahha. .. Nasib la harga RM10 ja.. lega... Kt situ abah mmg lama dh dok cari pak belang yg besaq.... p Pdg Besar pun tak pernah jumpa... kt Pacific mama besa la tgk... kedai bear Tingkat 2... tapi pak belang putih hitam... x best... sekoq dh la RM150.... mak oii mahai nk mampus... So kt situ ad pak belang 2 ekor... yg sedang2 saja... Beli 1 percuma 1... harga RM99.99 (dpt 2 la..) kira ok la... mama pun heran la k buat pa ngan pak belang ni... (cuba anda lihat foto di atas... rupanya nk letak lam keta... hahhahah)

Pastu km singgah Nilai 3 plak.. kt sini kali ke3 la keterujaan kami... hahhahahhaha tp mama x nak la tunjuk apa yg di'shopping'kan... kt sini mama cuma nk cerita bab robot dlm foto tu... Actually si Syamim ni nak senapang yg rega RM6.90...

Abah : kt rumah kan dh bnyk sgt senapang.. beli yg len la syg...
Mim : Mim nak senapang tu la abah... kt rumah kan dh patah....
Abah : (Hai pandai plak menjawab bdak ni....)
Mim : Beli la.. beli la.....
Abah : Amik la menan len... bnyk g kt sini... psai pa nk senapang tu jg... (nada nk tinggi dh tu)
Mim : (Dia sakit hati... trus dia capai kotak robot tu lempar ke bawah & pijak)

Apek : Hai ya... lu punya anak dh pijak ini kotak lor... Lu kena baya la....
Abah : Tak kan kot apek... kan kemek pun...
Apek : Lu kena amik juga ma... Lu tau ka isi lalam lia gumana.... Wa x tak tanggung la....
Abah : Berapa harga ni kotak...
Apek : Wa kali lu RM69.00 la...
Abah : (Allahuakhbar... 10 kali ganda dr senapang... hai menyesal aku) Ok la saya amik la ini kotak...

Mama dok tunggu abah dlm bas.. dok pikir juga apa la yg lambat sgt abah ngan anak ni... rupanya ad tragedi kt situ... dh la robot tu kena pasang sendiri.. klux kreatif x tau la... Last2 abah berjaya juga memasangnya... lihat foto diatas... robot hiasan rupanya.... Hai Ya.......

Tuesday, June 9, 2009

Entry Tertunggak

Entry dh lama terbeku.. nk update2 selalu ralit ja... hahhaha Ni kisah adik ipar mama.. (adik Mr Abah) yg ke Lubnan.. atas tugasan rasmi... Kami di jemput la ke Majlis Penghantaran Malcon 4 ke Pangkalan Udara Subang pada 30 April yg lalu... Kami pergi berempat sahaja... Abah, Mama, MIL & FIL.. Menginap 2 mlm di Swiss Garden, Jln Pudu.. agak jauh la jg nk ke Subang.. TQ Abah.. mengenangkan abah dh masuk ahli Swiss Garden terpaksa la jg dok di situ.. Mula acara jam 2 ptg... perjumpaan mereka bersama waris.. ada acara makan2 & acara bebas la... ramai ya Rabbi.. Nasib la mama x bawa syamim.. klu tidak jenuh dok ajak balik.. panas & sesak....

Korie (Adik ipaq) start kena kuarantin jam 5 petang.. selama itu kami hanya menunggu sja di tempat yg telah ditetapkan tuk para waris... kesian tuk sapa yg bawa ank2 kecil... menangis.. meraung.. mungkin sbb panas kan.. sblm depa ni kena kuarantin.. semua dok bersalaman la ngan waris masing... kesian mama tgk tuk mereka yg nk meninggal isteri & anak2 kecil.. nasib la Korie ni masih bujang... ada yg mempunya isteri sarat mengandung.. ada plak yg mpunyai anak yg masih kecil... mmg berat kaki mereka nk melangkah ke tempat yg dikuarantin itu... tp demi tugas mereka terpaksa la... sebak & terharu yg teramat la.. 9 bulan mereka perlu berjuang di negara orang demi keamanan... semoga si Korie ini kuat semangat dan tabah di dalam melaksanakan tugas & tanggungjawab yang diberikan... MALAYSIA BOLEH...