Monday, April 13, 2009

Syamim demam

Dah bnyk bulan anak mama ni x demam rasanya.. tetiba dia demam hari Khamis lepas 9 April... pg tu dia ceria sgt cikgu dia kata.. ptg tu trus x aktif & slow sja pergerakan dia kt sek... cikgu nasihat soh dia tdoq ja.. ptg kul 5.15 ptg mama p amik dia.. trus mai peluk mama.. terharu betoi la..
Syamim : Mama jom p klinik jumpa doktor... Syamim x larat niii....
Mama : Ok2.. jom kita p trus naih... Mim sok elok2 k.. mama nk bawa keta.. Mim tdoq kt belakang tau..

Mama pun trus la bawa kereta smpi Klinik Mutiara, Jitra... klinik yg sllu km bawa syamim p sedit gas dlu... Minta2 la dia x yah sedut kali ni... dh 2 kali km x klinik tu dia x yah sedut gas... lega la kan... Mama kol abah soh abah daftar nama Syamim.. sbb MyKid Syamim ad kt abah... Smp sana abah dh tggu km.. Syamim dh x senag duduk.. dia kata dia letih.. risau betoi la sementara nk tggu giliran km tiba...

Masuk ja dlm doktor kata dia x dak pa.. x payah sedut gas... Alhamdulillah.. lega rasanya.. Cuma kahak dia ja bnyk... Doktor bagi ubat cair kahak kat dia.. ubat demam, selsema & batuk... Sllunya ad penambahan ubat iaitu ubat paru2 @ penat.. sekali ni doktor kata x payah mkn ubat tu... Mama & abah senyum ja.. rasa lega skit..

Blik rumah mkn ubat syamim trus tdoq... bgun ja mlm tu dlm kul 9 mlm dia trus lapaq... mama plak x masa sbb km beli KFC sja... last2 dia hentam nugget smp 9 ketul sekaligus... ayam seketul.. coselow 1 bekas kecil.. hehehe Anak mama ni klu bab makn x ssh hati.. demam pun dia hentam ja mkn...

Jumaat & Sabtu dia dh mcm ok sja... ahad kemarin badan panas blik... ptg kemarin dok lembik g kt sek... blik rumah ja dia muntah kahak bnyk sgt... mama baru teringat sejak dia mkn ubat kahak tu dia x muntah2 lg.. ptt la dia muntah kan... pas muntah dia rasa... mama lega la... mim dh muntah.. mama rasa lega anak dh baik dr demam...

Thursday, April 9, 2009

Maksud warna

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk? Tahukah anda bahawa warna mampu menyelesaikan masalah tersebut.

MENGHILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA - WARNA MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA - WARNA BIRU
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah.
Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan mengurangkan rasa tegang.

MENYELAKKAN INSOMNIA - WARNA MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna merah jambu. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...

CERIAKAN MOOD ANDA - WARNA JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yg berwarna jingga.
Insyaallah, pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN - WARNA HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa warna hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni dalam badan.

Sumber : Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia