Showing posts with label bestnya. Show all posts
Showing posts with label bestnya. Show all posts

Monday, November 3, 2014


Tahniah anak mama Syamim Syalihin di Hari Anugeran Perkhidmatan Cemerlang... teruskan perjuangan teruskan usaha untuk mencapai cita-citamu.... Mama dan Abah sentiasa doakan kejayaanmu dan adik-adik...

#skjp #harianugerahcemerlang #tahun3




Monday, September 15, 2014

From Taiping With LOVE - entry yang tertunggak

Taiping here we come!!!

Sudah lama saya berjanji dengan anak-anak mahu bawa mereka ke Zoo... So yang terdekat dgn kami ZOO TAIPING lah..... tengok anak-anak pun dah sihat... lepas raya suami booked Kama Lodge.. saya pernah sekali menginap di situ atas urusan kerja.. memang best dan menarik sekali.. harga pun berpatutan. kami ambil bilik yang biasa sahaja sebab percutian bajet. Kepada pengunjung-pengunjung yang akan melawat Taiping, saya syorkan pilih Kama Lodge.

15 Ogos 2014

10.00 pg - Kami bertolak dari Kuala Kedah. Saya membawa bekal nasi lemak dan kami sekeluarga berkelah di RNR Gunung Semanggol. Mmg best tak terkata berkelah sambil anak-anak bermain di Taman Permainan. Kami tiba di Taiping jam 12.30 tgh, hero besar dan kecil saya ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.. dan saya serta 2 anak laki menunggu di dalam kereta.... Sejuk dan nyaman ja Taiping ni... 


2.30 ptg - kami check in di bilik. rehat seketika dan tidurkan anak-anak sementara nak meronda Pekan Taiping di petang hari.

5.00 ptg - kami lepak di Taman Tasik Taiping.  Anak-anak saya tak banyak ragam. Asalkan tempat itu ada taman permainan dah cukup baik buat mereka. seronok tak terkata sampai tercungap-cungap penat berlarian.




6.00 ptg - kami anak beranak mandi sakan kat pool... pool tu kami yang punya.. tak ada manusia ka kat Kama Lodge ni selain kami??? hahahaha


8.30 mlm - kami makan di restoran Kama Lodge dan bergerak ke Night Safari.. dah ronda satu pusingan dengan train, kami nak berjalan pula kan... ya la tak puas kot 1 pusingan saja... habis saja 1 pusingan hujan turun pula.. Syukur hujan rahmat. tapi kesian anak-anak tak puas pula... balik bilik saya wasap dengan group sek saya. Sek Men Sultanah Asma, Alor Setar..






16 Ogos 2014

Pagi-pagi lagi salah seorang sahabat dalam group wasap saya reply akan ke Taiping juga... nak jumpa kami... YA Allah bestnya ada sahabat yang mcm tu... mcm  nk entertain kami la... padahal mereka tinggal di Manjung.. terima kasih sahabat dunia dan akhirat.

11.30 pg - kami check out dan berjumpa sahabat di Zoo Taiping.. kami masuk sekali lagi disebabkan semalam hujan. tak apa duit habis demi anak-anak... dan yang penting kami sudah merasa masuk zoo siang dan malam..





2.30 ptg - solat zohor dan terus ke restoran Doli yang famous di Taiping (lupa pula nk snap gambar ) boleh tahan la tapi tak boleh lawan Koteow Iman di Alor Setar... hehehehe



4.30 ptg - kami ke Muzium Taiping pula.. bestnya budak-budak ni.. ya lah dah ada kawan. anak saya 3 orang, anak kawan 3 orang. best la...... mereka sungguh enjoy....





6.00 ptg - kami beransur dan beredar dari Taiping. Saya sekeluarga pulang ke Kuala Kedah dan sahabat pun pulang ke Manjung. Memori yang sungguh indah dan tak dapat dilupakan....

Walaupun percutian kali ini hanya percutian bajet dan dekat sahaja namun saya dan keluarga cukup gembira dan seronok..

Tuesday, May 14, 2013

My handmade Forever

As salam semua.... seperti biasa bila tibanya Rejab, bnyk dh peniaga2 sibuk dok promot produk raya masing2..... termasuklah saya dan adik..... Syukur padaMu... berkat kesabaran dan doa, saya dan adik akan tingkatkan lagi usaha kami untuk lebih maju ke hadapan.....  Tahun ni tukaq nama skit.... hehehehe (gediks) x mo da SUE SAMPERIT.... BOSAN.... so tukar kepada Double S Samperit....... kawan2 hat belum LIKE Page kami blh la Like From Double S Oven. Alhamdulillah, ramai kawan2 nk jd Ajen.... sama2 membantu antara satu sama lain........ THANKS TO ALL yang setia membeli, membantu saya setiap masa......... 

Bila terkenangkan tahun lepas punya kes.... sakit jg hati, ada yg iri hati...... mgkin nk sabotaj......... tapi saya redha dan ampunkan kesalahan dia....... saya perlu berhati2 kali ini takut ada musuh dalam selimut..... tapi ada hikmah disebalik kejadian...... SAMPERIT saya dikenali ramai.... dah sampi ke Johor pun.....saya dan adik cukup bangga........ 

JOM ORDER!!!!! Hahahahaha Cuba dulu baru tauuuuu!!!!!!






Monday, April 8, 2013

sisters-in-law

Tahun ni mak mertua terima 2 menantu serentak. seronok tak terkata la sbb adik ipar bongsu pun dh nk kawin.... lega jg bg pihak Mr Abah... ya la dia kan wali bebudak ni.... sejak peninggalan arwah Mr Abah ni la nk pikul semuanya... mcm2 dugaan dan rintangan yg dia pikul.... mcm2 benda terjadi tp dia ttp tabah, Syabas Mr Abah... menerima ujian dan dugaan yg Allah berikan...

Sambung bab adik2 iparku ini, kenduri kami tak jalankan serentak, kebetulan pihak lelaki masing2 nk share kenduri & buat di dewan, so km hanya buat kenduri akad nikah ja di rumah secara kecil-kecilan. Si kakak bln Mac lepas, si adik pula Mei ini.. tak lama dh.... kenduri ni agak besar sedikit berbanding kakak. bongsu pulak kan...hehehehhe

Jom layan pics bebudak ni.. memandangkan kenduri 3 hari berturut2, letih dan juga memenatkan... tapi enjoy....... :)

8 Mac 2013 - Akad nikah si kakak  di Masjid Derga

9 Mac 2013 - Majlis Resepsi si Kakak di Kelab Royal Kedah

 10 Mac 2013 - Majlis Pertunangan si Adik pula....
(Bulan Mei ni awak plak bersanding okeh....)

SEMOGA BERBAHAGIA ADIK-ADIK IPARKU........


Thursday, February 28, 2013

Lawatan Dato' KP

25 Dis 2013 yg lalu, Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia datang melawat dan juga merasmikan Pejabat Projek Zon Utara.  Hampir 1 bln kami membuat persediaan dan persiapan untuk lawatan Dato' KP ke Utara. Kali ini PPZU menjadi tuan rumah buat julung kalinya untuk Perhimpunan Bulanan Jabatan. Syabas PPZU.... (^__^)

Terima Kasih Dato' kerana sudi melawat pejabat baru kami.

Pasukan Koir PPZU mendendangkan 4 buah lagu

Menunggu ketibaan Dato' KP

Perasmian Pejabat Baru

Dato' KP sedang menandatangi di papan yg disediakan utk merasmikan pejabat

 Dato' KP sedang menandatangi buku pelawat Pusat Sumber PPZU

 Gang2 Pusat Sumber bersama Dato' KP dan Dato' TKP1


Monday, February 25, 2013

Di belakang tabir

Ahli Koir Jabatan dan lagi dok bergedik santai di belakang tabir... Persembahan koir diadakan sempena lawatan Ketua Pengarah di pej kami pada 25 Feb 2013. Peserta2 koir sibuk berlatih hampir 2 bln yg lalu.. So, last Thurday ada raptai di dewan Malinja Tkt 7... hehehe dan g dok gedik2 santai sblm latihan bermula...

Mana p org lelaki lain... 2 ja yg sudi nk pose....





ni baju koir kami.... hehehehe korporat2 gitu.. nebes la pulok..... 5 min g nk kena naik pentas dh... tp dan g klu2 bab nk pose ni.....

Mesti org tak suka dok buat pangai huduh cam ni noh... kan anak dara atau teruna g.. semua ni mak pak budak dh.. x pa yg penting kita enjoy dan masih menjaga tatasusila di depan khalayak ramai... hahahahaha............

Apa2 pun tahniah kawan2 koir semua... kita dh lakukan yg terbaik pagi tadi...... :) TQ pada cikgu Kamal yg sudi ajaq kami....


Tuesday, February 12, 2013

Jalan2 Dannok

Tak rancang pun nk msuk Dannok hr tu... kebetulan EL sbb tak larat nk p keja.. br balik dr Langkawi (gambaq x upload lg), tp kak ipaq plak ajak p Dannok... nk p sat ja katanya... nk p beli beras pulut, kwn dia kt penang kirim..... dgn x dak passpord, dgn x dak border pass... trus on the spot p bt kt Anak Bukit.... mmg rancang nk tgai anak2 kt  MIL... sbb nk p dgn kak ipaq, abag ipaq.... 

so koi 5 ptg br p... koi 6 smp la... keta km parking kt sempadan.. jalan kaki ja masuk... sbb x ambik insurans pun.... lg pun nk p Dannok ja.. kan nk p Hatyai pun...... jalan2 ja... sempoi rupanya siam ni.. heheheh x penah p so perak la skit.....

Insyaallah nk p lain bln April ka Mei ka... nk p tdq sana...... br best skit... bawa anak2 mkn seafood sana... sempoiii....... esp TOMYAM.... favourite siott......

 Cantik plak lampu2 kt situ, dok kata nk beli... tapi balik trus..... haishhhh rugi

 Oscar Palace Hotel, Dannok

 Me, Kak long, Abg long & Ikhmal (Biras to be)

 Kak long, Abg long, Ikhmal & Hubby

 Cantik plak tempat pijak nih... LOVE gitu.... 100 bat

 With my Love....

Me... Again...... :)


Monday, October 8, 2012

Ronda Penang

6 Oct - Mr Abah ada kursus di Perai, so dia bawa la km semua sekali ikut dia.... dia kata sja ja dia kursus.. kul 6.30 pg km dh gerak ke Penang, kursus start 8.30 pg.. nk breakfast la... nk jammed pa lagi... so km smp  8.00 pg... sempat lg km breakfast... anak2 still tdoq.... kul 10 br pakat bangun, lepak dlm keta sat... kul 11 dh habis... yeahhh.... time g jalan.... ronda sana sini... mula2 cadang nk p umah kak ipar di Bkt Gedung tp dia ada game bowling kt Sunshine, p sana sat tgk dia..... pastu mkn Mcd kt situ..... sgah solat jap.... br gerak  g Batu Feringghi... sja nk lepak tepi pantai..... tp keadaan tak mengizinkan panas Ya Rabbi..... 

Pastu teringat Taman Rimba Teluk Bahang.... bestnya.... syok ayaq jernih... teringinnya nk mandi.. tp x blh g sbb sejuk... lg pun sapa nk jg Mia.. budak2 ni pantang tgk ayaq... apa lg.... tp Syamil kali ni x bapa nk teruja plak... rupanya dia nk demam... siap berhingus... Syamim aja la mandi..... Apa pun seronok sgt blh g jalan sekian lama mama berpantang.... lg pun start 7 Oct mama dh kena masuk KERJA.... TIDAKKK!!!!!




Thursday, March 8, 2012

Gaji Baru ~ Syukur

Pelarasan gaji kuatkuasa 1 Januari 2012

2012/03/08

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA

***sumber Berita Harian online***