Wednesday, July 29, 2009

13 Aurat Kaum Wanita

Entry kali ini adalah untuk renungan bersama kaum-kaum hawa... untuk manfaat kita di dunia dan di akhirat...

1.Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Sura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3.Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Sura h An-Nur Ayat 31.

5.Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW : Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW : Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Sura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59, bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis / jarang, ketat / membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu.

13.Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Allahuakhbar.. semoga Allah Taala mengampunkan dosa-dosa kita yang terlampau... AMIN YA RABBAL A'LAMIN..


Sunday, July 26, 2009

My Last Night Menu...

Semalam mama tak tau nk masak apa... tgk ada udang & daging dlm freeze... bahan2 nk masak pun semua ada... so apa lg... trus nk mencuba la resepi baru... ciptaan tersendiri... hahahahahaha

Cuba mencipta Daging Masak Lada Hitam & Udang Masak Kunyit Dgn Limau... boleh la.. sapa la yg nk puji klu bukan diri sendiri... Masak sayur campur & ikan goreng sudah cukup untuk membuka seleraku.. syamim smp 3 kali tambah... abah lg la dh mmg favourite dia... siang mama masak simple2 jer sbb abah kerja... mlm la br nk mkn best2 skit.. kul 7.15 mlm ja km trus mkn.. la ni kan maghrib lewat.. so boleh la mkn mlm dlu... nk mkn lewat2 nnti mama termengah2 plak susah nk tdoq... So... Layanz jer la.....
PerfectoBBQ 1

Thursday, July 23, 2009

Si Kecil Yg Agak Rajin

Sapa yg kata rugi klu dpt baby boy... hahahahaha... klu rajin tolong mama x dak mslhnya... setakat la ni alhamdulillah la sbb dia agak patuh pd arahan.... wow mcm askar plak mama ni... x dak la... klu mam aminta dia buat apa2 trus ja dia akur.. mcm pic dia sapu sampah... actually dia yg tumpahkan coco-crunch dia.. dia rasa takut pada mama trus ja capai penyapu & cam.. mama dr jauh perati ja gelagat dia & trus snap pic tu...

Bila mama lipat kain plak dia pun sibuk la nk lipat juga... walau x brapa kemas (padan la umoq br 4 thn kan). Sampai terkangkang2 dia punya kusyuk melipat... Time mama sedang menulis entry pd kali ni.. baby mama dlm perut ni tendang2 kuat sgt.. apa la maksud dia yer... nk tolong mama buat keja juga kot nanti... hehheheheh.... Apa2 pun TQ bebanyak la sayang yer sbb tolong mama buat keja2 rumah tu.. moga2 tabiat itu kekal sampai ke besar nnti... AMIN

SmileClapping HandsSign I Love YouI Love You

Wednesday, July 22, 2009

Kereta Oh Kereta....

Pg2 mcm biasa mama akan punch kad dlu before antaq syamim ke tadika.. kecuali klu mama kluaq awai ja baru antaq syamim trus ke tadika dia kan... pas punch kad mama pun turun la ngan syamim p kt keta... tiba2 nk start x blh... grrrrr.... geram...
GrrrFace Plant
Mmg bateri keta ni dh nazak... dh dekat 3 thn dh bateri tu... nk kong x per.. tp biaq la kt rumah... nape la kt pej mama kan... dua2 kali dia kong kt pej... mana nk antaq syamim ke tadika lg... x la jauh sgt... dlm 1 km jer dr pej ja klu pi balik.. tp mengenangkan keadaan mama yg memboyot ni terpaksa la jg.. segan la nk bg tau kwn2... menyusahkan org ja kan... minta doa ja semoga x jd pa2 kan... semoga mama kuat semangat masa berjalan...
Road Rage
Mama pun bg tau la syamim kata keta rosak so terpaksa la jalan.. nasib la dia x buat hal... akur ja.. "nk bt cemana mama dh rosak.. kita jalan ja la mama...".. so sweet my child... mama pun kol jer abah bg tau psai bateri keta.. lunch time ni dia mai la antaq bateri... lega dengaq.... dugaan tuk kami dua beranak la pg2 ni kan... x pa.. kena bnyk bersabaq.. ada hikmah di sebalik kejadian.... Bak kata Pendekar Bujang Lapuk... COBAAN......
No

Tuesday, July 21, 2009

TQ Mak....

Entry ni mama nk cerita ttg mak... Pn Azizah... Rasa seronok blik rumah mak 4 hr... rasa puas bercuti bersama adik2... Hr Jumaat & Sabtu dh mmg weekend.. mama ambil cuti hr Ahad.. sbb Isnin Kedah cuti Umum.. Israk Mikraj.. so 4 hr la enjoy.... Bab makan2 ni toksah dok kata la... mmg meriah la menunya... 4 hari la katakan... siang & mlm masak je kejanya.. mmg dh hobi mak memasak... dgn buahan2 tempatan yg melimpah ruah.. Allah menyengkak perut kami semua... mak jamu habis-habisan kt kami.. bukan sng nk bertemu semua.. tp sian kt adik bongsu, Own yg x blh blik.. dia kt UPSI la ni.. x pa adik.. nnti blik kg bg tau kita blh kumpul ramai2 lg.. hehehehe

Apapun mama nk cerita bab pg td... mak bgun awal... jam 5 pg rasanya dh bagun... igtkan apa la yg mak buat.. rupanya dia masak koteow kt kami.. Allah terharu yg amat... nk bekalkan kami koteow goreng tuk semua anak2, menantu & cucu dia.. mama bagun ja dia dh isi semua koteow dlm tupperware masing2... mmg terasa mcm zaman sekolah betoi la... seronok sgt zaman tu... mama, angah, aini & syamim jer yg bawa bekal... adik ein & abh makan siap2 kt rumah.... si kecik seronok x terhingga... x sabaq nk bg tau cikgu dia la yg maktok dia masak tuk dia... hehehehehe

Tapi tu la mama x sempat nk snap pic tu... :(
Bila dh mkn td br teringat nk tulis lam entry ni... apa pun... TQ very much to my lovely mom.. jasamu tidak terbalas rasanya... & koteow mak mmg sedap.. rasanya yg lansung x berubah dari dlu lg... SEDAPPPPPP......

MomSpaghettiHungry

Monday, July 13, 2009

Mood yang tak menentu

Salam... mama rasa minggu ni cam letih, tak sihat, bad mood... mcm2 la....
Mula dgn hr khamis lepas dikejutkan dgn berita MIL (Mother In Law) sakit... tetiba ja sakit.. adik ipar call bg tau kata MIL x sedar diri.. time tu mama kt psar tani... x jd nk mkn trus blik rumah... tgk MIL br ja sedar tp cam letih bangat.. bawa jer ke hosp Dr kata darah MIL naik mengejut 180/100.. Dr tnya MIL adakah dia stress @ bnyk berfikir, dia kata YA.. mama dh tau sbbnya... (biarlah rahsia).. tp MIL x kena warded la....

So, mama trus ke pej sbb abah ad tuk jg MIL... lunch time mama ad jamuan tuk perpisahan bos mama yg akan bertukar ke MD Yan.. pas mkn mama sgah rumah MIL... dlm 15 min pas mama blik, MIL mericau2.. melalak mcm org x sedar diri.. merepek2 dia ckp.. psai nk mati la.. mcm2 la... km semua nangis & minta dia mengucap panjang... nk bawa p hosp dia x nak... dia cuma minta mama jelumkan kepala dia.. jgn biarkan rambut dia kering lansung.... mama pun jelum kepala dia dgn air sirih & air asam jawa... smp 3 jam x berenti... br dia tidoq lena... rasanya ubat yg Dr bg tu kot panas ke... mlm tu dia blh tdoq lena setelah km buat ubat kg...

Esoknya plak mama ke tadika syamim, ada perjumpaan guru dgn waris tuk ambik buku rekod kemajuan semester 1... alhamdullillah anak mama dpt no 4/15... dgn peratus 95.1%.. TAHNIAH SAYANG... walau dia br 4 thn... mama rasa bangga sgt... nnti mama paparkan result exam di next entry... trus mama ke rumah MIL... nk lawat mak.... kebetulan ad sedara sebelah mama yg minta tlg kluarga mertua masak acar limau.. dgn condition MIL yg x menentu mama dh susah hati... tp nasib la FIL dh sihat... dia minta mama tlg sediakan bahan2nya.... dia yg akan masak acar tu.. seharian mama kt dapur.. tlg msk tuk lunch di situ, MIL kan x sihat.... ptg trus antaq acar limau yg dh siap ke Kuala Kedah, pastu pulang ke Jitra plak....

Esoknya kenduri rumah sedara kt Kuala Kedah... 1 hari kt situ, letih sgt... tetiba adik ipaq kol mama & minta km pulang ptg tu sbb ad perjumpaan kluarga sebelah suami... kebetulan mlm plak mmg keluarga mama ad nk buat perjumpaan keluarga juga... kebetulan... kesana kemari... seharian sguh memenatkan.... terasa smp ke hari ni.... adoiii... sakit pinggang rasa...
PoutyNoPhewNoThinking

Thursday, July 9, 2009

Trip to Langkawi

Pada 29 Jun - 2 Julai yg lepas, team PPZU telah mengadakan kursus di Langkawi iaitu Kursus Penyediaan Pelan Tatatur Untuk Penyediaan RKK.. Sekali sekala ke sana dgn kwn2 best juga.. Kursus ni actually start on 30th Jun... tp pada 29 Jun PPZU buat lawatan ke tempat2 yang telah disenaraikan... (",)

Pagi2 lagi km dh bertolak dr Jeti Kuala Kedah, naik 1st ferry (7.15 am).. smp sana awal jg dlm 8.45 am.. Start berkumpul kul 10 am sbb ad kwn2 yg naik lambat.. bila semua ada, km naik bas tuk start perjalanan kami... 1st tempat yg kami lawati ialah KILIM GEOFOREST PARK, best giler ke situ sbb kami kena naik bot selama 4 jam tuk mengelilingi kawasan tu. Dari jam 10.30 - hampir kul 3 ptg. Mcm2 tempat yg kami lawati seperti, Gua Cerita, Gua Buaya, Tempat ternak ikan, Gua Kelawar, kawasan helang & mcm2 lagi...
Lepas tu, km berenti mkn & solat di GALERI PERDANA, kt situ juz sembahyang jer.. km dh x msuk dh slm tu, kebanyakan team ni semua dh biasa masuk sana... mkn kt bangunan bersebelahan Idaman Suri hehhe (tempat shopping), tp x singgah pun. shopping hari len da... Kami singgah dekat KILANG GAMAT, kat situ mcm2 ada.. produk berunsurkan gamat... Mama juz beli Bam & Bedak sejuk ja... nk beli ayaq gamat cam x best lak situ... Minyak gamat lak dh belambak kt rumah...

Pastu km terus gerak ke GUNUNG MAT CINCANG.. Actually urusetia dh collect siap2 duit tiket.. so sng skit.. km x payah beratur ramai2... smp sana ad juga team yg takut naik.... Dlm 7-8 org gutu la.. Mama ok jer... naik juga walau dh memboyot 5 bulan... Nasib la x pening2 apa.. Actually dh penah naik 2-3 kali, tp time tu x boyot la.. ni la 1st time naik masa ngandung... (",)Keesokkan harinya bermulalah Kursus kami dr kul 8.30 - 4.30 ptg... & pastu aktiviti sendirilah.. Shopping time... hahhahah x bawa bnyk duit pun... so beli ala kadar jer ikut kemampuan... Chow...

Tuesday, July 7, 2009

Bezday Wishes

Hari ni mama nk buat entry khas kepada my beloved best buddies.... yg sambut bezday mereka pada bulan July ini...
Birthday SongHappy BirthdayBirthday Balloon

1) Ditujukan khas buat Cik Rohana Mohd Kassim a.k.a Hana (seperti di atas.. sorry bebanyak ann, ksue kipnap pic dr blog ann) yang telah menyambut bezday yang ke (..) pada 3 July yang lepas... Minta maaf bebanyak kat ann sbb lambat wish.. semoga dipanjang usia, dimurahkan rezki dan dipercepatkan jodoh... (baby dlm perut lapaq nasi minyak ann).


2) Kepada sahabat tersayang, Pn. Mazura Mahamad a.k.a Mama Tora yang menyambut bezdaynya pada hari ni... 07 July... Semoga berbahagia bersama suami (Hasrul Nizam) dan bersama puteri dan putera tersayang (Damia Humaira dan Hadif Daiyan).. semoga dipanjangkan umur, menjadi isteri dan ibu yang mithali... (baby ksue lapaq kek nii....)

3) Kepada blogger di luar sana yang menyambut hari kelahiran pada bulan julai.. mama ucapkan SELAMAT HARI LAHIR.... Semoga berbahagia bersama tersayang...

Bye....