30 Okt 2009, merupakan hari terakhir bagi arwah ayah metua mama (Rahmat Mat Noh)... mama & mr abah merupakan orang terakhir yang bersembang dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.. sungguh tak sangka.. tak sampai 10 minit kami bersembang bersama.. kami telah kehilangannya.... pemergian yang tidak duga... tapi kita sebagai makhluk Allah perlu redha dgn apa yang telah tertulis... tanpa ada sebarang penyakit.. arwah pergi meninggalkan isteri, 5 anak, 3 menantu & 6 org cucu.. (anak mama dlm kandungan ni tak sempat nk mengenali tok wan)....
Gambar Kenangan Hari raya Aidil Fitri 2007
Kronologi 30 Oktober 20097.00 pagi - arwah sempa minum pagi bersama isteri, mr abah & mama
7.15 pagi - kami borak2.... arwah begitu ceria menceritakan hal isu semasa..... hal anak2
7.40 pagi - arwah berhajat hendak siram pokok... sementara mak sedang basuh pinggan, mr abah sedang baca surat khabar, mama baru nak masuk bilik air
7.50 pagi - paklang (ada di pintu hadapan rumah) menjerit bagi tau arwah dah terbaring di garaj kereta, mr abah terus berlari ke tempat kejadian... tapi masa tu arwah telah menghembus nafas terakhirnya... mama sedang mandi terkejut dengan suasana yang bising2 terus berlari keluar... arwah sudah tiada... hanya dapat menyaksikan abah sedang meriba arwah di pangkuannya... rasa hampir rebah seolah tak percaya... sedangkan tak sampi 10 minit kami baru sahaja berborak bersama arwah... Innalillahiwainnailahirajiun.....
8.00 pagi - kami angkat arwah msuk ke dalam rumah, dalam pada yang sama najis terus keluar.. mak metua dan mama sedang uruskan pembasuhan najis arwah
8.10 pagi - adik2 ipar membuat panggilan kepada semua sanak saudara
8.30 pagi - urusan mengemas rumah..
8.50 pagi - ambulans datang untuk membuat pengesahan, ramai saudara & jiran tetangga datang berkunjung
2.30 petang - urusan memandi jenazah
3.50 petang - sembahyang jenazah
4.15 petang - pengkebumian jenazah
Ayah Rahmat Mat Noh dalam kenangan (1 Jun 1946 - 30 Oktober 2009)
Gambar kenangan bersama Mak Che Mah di Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur pada Februari 2009.
<-------------------------------------------
Gambar kenangan semasa arwah tenat di Hospital Sultanah Bahiyah pada bulan Jun 2009 -------------------------------------->
Semoga arwah senantiasa dicucuri rahmat dan tergolong didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fathihah