5-5-2013, tatkala semua org sedang mengadap TV utk mendengar keputusan PRU13, km sekeluarga pula menerima panggilan telefon dr bapa saudara bahawa makcik kesayangangku sudah pergi mengadap Ilahi..... mmg km sudah duga arwah akan pergi meninggalkan kami... cuma tak sangka secepat ini...... sblm arwah meninggal, kami sekeluarga telah mambaca Yaasin untuk 3 malam.... anak sulong arwah beritahu, ibunya agak tenat... tp bila selesai 3 malam membaca Yaasin, arwah sudah blh bercakap dengan kami semua.... arwah makcik sempat berbisik di telingaku..
"Cik Mah sakit... sakit yg tak tau nk habaq mcm mana... rasa perut ni mcm dihiris2....."
"sabaq Cik Mah.. sabaq banyak2.. mengucap dan sentiasa igt Allah".... ujarku.. bercucuran air mata keluar... mmg x blh nk stop... sesunggunya aku tak sanggup melihat kesakitan yg arwah tanggung... sakit yg amat sgt...
"La Ilaha Illallah....." aku berbisik ditelinganya.........
"Tolong gosok di belakang Cik Mah sat kaklong.... sengal2 habis badan....."
**********************************************************************************
Itu kali terakhir aku berbicara dgn arwah... keesok hari semua keluar mengundi... mlm tu arwah telah pergi mengadap Ilahi di dalam pelukan pakcik (suami arwah)..
Ini cerita dari anak2 arwah.... dialoq antara Cik Mah & Pakcik sebelum arwah meninggal.....
"Ayah dah lama tak peluk ibu.... Ibu nak sgt Ayah peluk Ibu...."
"Boleh... ayah akan peluk ibu sampai bila2.... janji ibu sihat...."
"Tolong peluk ibu erat2.... nnti ayah dah x boleh nk peluk ibu......"
Cik Mah terus terlena... terlena... dan tidak akan bangun2 lagi..........dalam 15 minit berada didalam pelukan.. baru Pakcik tersedar, isterinya telah pergi mengadap Ilahi... Innalillahi Wainnailaihiroji'un.....
********************************************************************************
Azmah Bt Taib (3 Mei 1966 - 6 Mei 2013) - Mengidap kanser perut hampir 2 tahun yang lalu......
Cik Mah - Dalam Kenangan
Cik Mah seolah ibuku.... Mak saudara yang paling aku rapat dan aku sayang, arwah yang telah mengasuh kami adik beradik... Apa2 masalah selalu km berkongsi bersama...
Kini aku tiada tempat untuk meluahkan segala masalah dan kegembiraanku selain keluarga... Makcik tempat aku curahkan segalanya..... Tapi dia sudah tiada.... sudah tiada lagi dibumi Allah ini.... meninggalkan kami semua diusia yang agak masih muda - 47 tahun.... Arwah meninggalkan 3 puteri dan 2 putera..... semoga mereka kuat dan tabah mengharungi kehidupan tanpa ibu disisi..... sesungguhnya kami semua redha dengan KetentuanMu Ya Allah..........
Semoga arwah senantiasa ditempatkan bersama golongan org yang Soleh.... AL-FATIHAH...