Tuesday, December 8, 2009

Thanks to all....

Thanks to families, siblings, relatives & friends yang sudi menjenguk kami di Hosp & rumah... terima kasih kepada Tasha, Pn. Rokiah, Pn. Mas & Pn. Ooi yang telah menjadi pelawat pertama yang menjenguk mama & baby di Hosp selain keluarga kami. terharu juga dibuatnya. Time tu plak mama baru ja sedarkan diri... tup2 tgk ada rakan2 yang sudi hadir melawat.

Terima kasih juga kepada rakan2 yang hadir menjenguk kami di rumah... Hanim... org 1st yang datang ke rumah melawat kami.... TQ 4 the gift... Tak lupa juga kepada Has, suami & anak yang sudi melawat kami lepas waktu pejabat.. TQ 4 the gift.. Thanks to my buddies... Maz, Mama Tora, Has & Kak Rien yang datang pd hari cukur jambul Syamil... TQ 4 the gifts.... To Pn. Rokiah & Pn. Mas... terima kasih juga datang pd hari tersebut.... TQ 4 the money....

Thanks juga kepada kwn2 yang memberi ucapan tahniah melalui sms, facebook, email & YM....

Akhir sekali, thanks a lot to my siblings & relatives yang tak putus2 datang melawat kami hari2.... TQ 4 the money & gifts.... TQ so much to all..... love u olls...


Friday, December 4, 2009

The 'Botak' Boy

3 Dis 2009 - genaplah usia my lil boy, Syamil Syakirin ni 18 hari... hari tersebut juga la my boy lena cukur jambulnya.... bersamaan Hari Lahir Tok Ayah (Ayah mama) yang ke 54 thn..
SELAMAT HARI LAHIR TO AYAH SHAARI....


Acara dimulakan jam 11.40 pagi.. segala persiapan telah dibuat.. kami buat simple2 aja... tak la jemput ramai orang.. cuma kenalan rapat mama & saudara mara aja.... Mak Tok buat pulut kuning & kari daging.... nyummi.... mama tak blh mkn.... tgk aja la....

Tok Bidan a.k.a Tok Rahamah yang mencukur rambut anak mama... Baby Syamil nyenyak tidoq pada mulanya... last2 dia mungkin rimas... nangis kuat la juga... heheheh sian anak mama... dah jadi 'Botak Boy'....
The 'Botak' Boy yang nyenyak tidur lepas kena cukur jambul...


Terima kasih kepada rakan2 yang sudi hadir pada hari tersebut esp... to Pn. Rokiah, Pn. Masturah (wakil unit mama) thanks 4 the money. To Kak Rien, Has, Mazura & Mazidah... Thanks juga beri gifts yang cantik kat Syamil....

Wednesday, November 25, 2009

Abang vs Adik

Pic di atas ialah si abang & si adik masa hari ke 7

Ada beberapa perbezaan antara si abang dan adik... Jom layanz....

Berat hari pertama
Syamim : 3.0 kg
Syamil : 3.6 kg

Berat hari ke-10
Syamim : 4.5 kg
Syamil : 4.0 kg

Panjang
Syamim : 48 cm
Syamil : 50 cm

Lilitan kepala
Syamim : 37 cm
Syamil : 34 cm

Kulit
Syamim : Agak smooth dan gebu
Syamil : Ada bintik2 merah seperti ruam di muka

Pusat
Syamim : Luruh pusat kari ke 16
Syamil : Luruh pusat hari ke 8

Hidung
Syamim : Agak kembang dan leper
Syamil : Agak tinggi

Mata
Syamim & Syamil : Confirm sepet sebab abah & mama dah lagu tu dah.... (",)

Apa2 pun mama sayang anak2 mama.... heheheh dah 2 hero la katakan.. mudahan boleh jaga mama & abah bila besar nanti... semoga anak2 mama menjadi anak yang soleh, cerdik akal fikiran dan menjadi orang yang berjaya dan berguna di dunia & akhirat... AMIN...

* Actually mama tak dak keja... baby Syamil tidoq... Si Syamim tadika... mama dah tak larat nk baring dh.. so layan jer tenet ni ha.....

Tuesday, November 24, 2009

Kronologi kelahiran Syamil Syakirin


10 Nov - Due Date (40 weeks)
11 Nov - Last check up @ Klinik Kepala Batas & Daily CTG @ HSB (2.10 pm)
12 Nov - Daily CTG @ HSB (6.00 pm)
13 Nov - Daily CTG @ HSB (6.40 pm)
14 Nov - Daily CTG @ HSB (12.50 pm)

15 Nov - Dah mula sakit jam 3.00 am, ke HSB jam 7.00 am bukaan 2cm, pulang ke rumah & jam 4.30 pm ke HSB semula (bukaan 4cm), Dr dh mula pecahkan air ketuban. Jam 5.30 masuk ke labour room. Jam 7.00 pm (bukaan 5cm). Jam 10.30 pm (bukaan masih 5cm). Jam 12.00 am (bukaan masih 5cm). Mama sakit tak terhingga.. seolah bukaan dh cecah 8cm. Doktor bertugas mula berbincang dengan Doktor pakar.

16 Nov - Jam 12.15 am, Doktor decided mama kena ceaser memandangkan bukaan masih 5cm & keadaan mama yang semakin sakit & agak tenat, ini boleh memudharatkan baby.. kepala baby dh mula membengkak. Jam 1.00 am mama diusung ke bilik bedah. Jam 2.00 am, pembedahan dilakukan. Jam 2.20 am, kedengaran suara baby mama menangis... alhamdulillah.. baby selamat.. Syukur pada Ilahi. Jam 2.50 am mama diusung ke bilik pemeriksaan. Jam 4.00 am , barulah mama dihantar ke wad Kenanga 2C. Jam 6.30 am, Mr Abah dan adik mama (Ein) datang untuk mengazankan baby kami.

17 Nov - Mama & baby kena stay kt HSB. Memandangkan luka jahitan belum pulih.
18 Nov - kami dh blh pulang, baby ada kuning (bacaan 146)
19 Nov - Ke Klinik Kuala Kedah untuk check kuning baby (bacaan 140)
20 Nov - Ke Klinik Bakar Bata (bacaan 151)
21 Nov - Ke Klinik Bakar Bata (bacaan 193)
22 Nov - Ke Klinik Kuala Kedah (bacaan 161)
Kuning baby dh mula turun.. alhamdulillah....

Hari ni 24 Nov 2009, dah 9 hari baby mama mengenal dunia... syukur sangat, baby semakin sihat dan tembam...

Lahirnya Syamil Syakirin bin Shahrul Muim pada 16 Nov 2009 jam 2.20 pg seberat 3.6 kg
(ceaserean by Dr. Lim Tze Chou @ Hospital Sultanah Bahiyah,
Alor Setar)


Maksud nama Syamil Syakirin
Syamil - sifat yang menyeluruh
Syakirin - pengenang budi



Saturday, November 7, 2009

Going 40 weeks

3 days to go... 10 nov ni cukup due date mama (40 weeks)... hai bila la anak mama ni nk keluar lihat dunia... tak sabar rasanya... semakin hari semakin cemas... setakat la ni masih belum ada tanda-tanda sakit nk bersalin... kenapa la mcm ni... anak sulong pun mcm ni jg... smpi minggu ke42 masih tak ada tanda2... induse 4 kali pun x sakit2 juga.. last2 ceaser... tak kan kali ni mcm tu juga kot... mama hanya mampu berdoa dan berserah shj kepada Yang Maha Esa... semoga selamat kedua2nya... cara mana bersalin pun mama redha sja....janji kami berdua selamat...

11 Nov ni last check up di Klinik Kesihatan Kepala Batas... Dr akan bt CTG tuk baby... pastu mgkin akan trus check up dgn Dr pakar @ HSB sja la.... kita tunggu sja la bila mama nk bersalin yer kawan2.......

"Ya Allah Ya Tuhanku... semoga Kau permudahkan hambaMu ini bersalin.. semoga kami berdua selamat sejahtera.. AMIN"

Monday, November 2, 2009

Dalam Kenangan 1946-2009

30 Okt 2009, merupakan hari terakhir bagi arwah ayah metua mama (Rahmat Mat Noh)... mama & mr abah merupakan orang terakhir yang bersembang dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.. sungguh tak sangka.. tak sampai 10 minit kami bersembang bersama.. kami telah kehilangannya.... pemergian yang tidak duga... tapi kita sebagai makhluk Allah perlu redha dgn apa yang telah tertulis... tanpa ada sebarang penyakit.. arwah pergi meninggalkan isteri, 5 anak, 3 menantu & 6 org cucu.. (anak mama dlm kandungan ni tak sempat nk mengenali tok wan)....

Gambar Kenangan Hari raya Aidil Fitri 2007
















Kronologi 30
Oktober 2009
7.00 pagi - arwah sempa minum pagi bersama isteri, mr abah & mama
7.15 pagi - kami borak2.... arwah begitu ceria menceritakan hal isu semasa..... hal anak2
7.40 pagi - arwah berhajat hendak siram pokok... sementara mak sedang basuh pinggan, mr abah sedang baca surat khabar, mama baru nak masuk bilik air
7.50 pagi - paklang (ada di pintu hadapan rumah) menjerit bagi tau arwah dah terbaring di garaj kereta, mr abah terus berlari ke tempat kejadian... tapi masa tu arwah telah menghembus nafas terakhirnya... mama sedang mandi terkejut dengan suasana yang bising2 terus berlari keluar... arwah sudah tiada... hanya dapat menyaksikan abah sedang meriba arwah di pangkuannya... rasa hampir rebah seolah tak percaya... sedangkan tak sampi 10 minit kami baru sahaja berborak bersama arwah... Innalillahiwainnailahirajiun.....
8.00 pagi - kami angkat arwah msuk ke dalam rumah, dalam pada yang sama najis terus keluar.. mak metua dan mama sedang uruskan pembasuhan najis arwah
8.10 pagi - adik2 ipar membuat panggilan kepada semua sanak saudara
8.30 pagi - urusan mengemas rumah..
8.50 pagi - ambulans datang untuk membuat pengesahan, ramai saudara & jiran tetangga datang berkunjung
2.30 petang - urusan memandi jenazah
3.50 petang - sembahyang jenazah
4.15 petang - pengkebumian jenazah

Ayah Rahmat Mat Noh dalam kenangan (1 Jun 1946 - 30 Oktober 2009)


Gambar kenangan bersama Mak Che Mah di Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur pada Februari 2009.
<-------------------------------------------

Gambar kenangan semasa arwah tenat di Hospital Sultanah Bahiyah pada bulan Jun 2009 -------------------------------------->





Semoga arwah senantiasa dicucuri rahmat dan tergolong didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fathihah