Wednesday, March 6, 2013

makan.. makan... makan...

Jumaat lepas Mr Abah agak kerajinan sedikit... setelah 2 minggu asyik balik lewat... tak sempat nk borak, nak main dan sembang dgn anak2.... so pg2 lg dia dh plan nk masak kt kami... YEAHHH!!! Mama terseyum keriangan... tp style dia, jgn tnya dia nk masak apa... so apa dlm pala otak dia x dpt nk scan... redha ja la kehendak hati dia kan.... sblm p pasar, dia belek2 almari tgk apa yg ada, apa yg tak ada.. hehehe
Ajak km p Billion Market sng.. bawah pasar basah, atas supermarket.......

Balik rumah baru dia ckp nk mkn western hr ni.... Black Pepper.... so disebabkan Magic Pan keluaran HIG ni ada... pakai ja la kan... malas nk kotorkan oven...  padan la km 5 beranak ja nk mkn.... bnyk ni ja la... TQVM masak kt kami hr ni.. mama tambah2 aja vege & side dish... tak dan nk snap gmbaq....

Ada kwn2 request resepi... ni dia resepi yg dihentam kromo oleh Mr Abah...


Ayam Panggang Sos Lada Hitam

Bahan-bahan
6 ketul ayam 
3 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
4 sudu besar kicap masin
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili (blh ditambah jika suka)
2 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar jus limau
gula + garam (ikut kesukaan)

Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 bersama ayam.
Perapkan 1-2 jam
Bakar sehingga masak
Siap untuk dihidangkan

*Kalau tak sedap jangan marah, nama pun main hentam aja... tp disebabkan ada kwn2 yg nk resepi.. 
so try la no... tambah2 aja kalu tak suka sukatan tu.....


Tuesday, March 5, 2013

TIPS - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK


Info dikongsi dari : My Kewpies Outlet dan Excel Qhalif



Anak kita adalah cermin diri kita…….. 



Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. 

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. 

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. 

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. 


Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini. 

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. 

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.


The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.


Thursday, February 28, 2013

Lawatan Dato' KP

25 Dis 2013 yg lalu, Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia datang melawat dan juga merasmikan Pejabat Projek Zon Utara.  Hampir 1 bln kami membuat persediaan dan persiapan untuk lawatan Dato' KP ke Utara. Kali ini PPZU menjadi tuan rumah buat julung kalinya untuk Perhimpunan Bulanan Jabatan. Syabas PPZU.... (^__^)

Terima Kasih Dato' kerana sudi melawat pejabat baru kami.

Pasukan Koir PPZU mendendangkan 4 buah lagu

Menunggu ketibaan Dato' KP

Perasmian Pejabat Baru

Dato' KP sedang menandatangi di papan yg disediakan utk merasmikan pejabat

 Dato' KP sedang menandatangi buku pelawat Pusat Sumber PPZU

 Gang2 Pusat Sumber bersama Dato' KP dan Dato' TKP1


Monday, February 25, 2013

Di belakang tabir

Ahli Koir Jabatan dan lagi dok bergedik santai di belakang tabir... Persembahan koir diadakan sempena lawatan Ketua Pengarah di pej kami pada 25 Feb 2013. Peserta2 koir sibuk berlatih hampir 2 bln yg lalu.. So, last Thurday ada raptai di dewan Malinja Tkt 7... hehehe dan g dok gedik2 santai sblm latihan bermula...

Mana p org lelaki lain... 2 ja yg sudi nk pose....





ni baju koir kami.... hehehehe korporat2 gitu.. nebes la pulok..... 5 min g nk kena naik pentas dh... tp dan g klu2 bab nk pose ni.....

Mesti org tak suka dok buat pangai huduh cam ni noh... kan anak dara atau teruna g.. semua ni mak pak budak dh.. x pa yg penting kita enjoy dan masih menjaga tatasusila di depan khalayak ramai... hahahahaha............

Apa2 pun tahniah kawan2 koir semua... kita dh lakukan yg terbaik pagi tadi...... :) TQ pada cikgu Kamal yg sudi ajaq kami....


Sunday, February 17, 2013

Langkawi jer pun... :)

bila habaq vacation nk nk gelak... Langkawi ja pun... sbrg lautan ja... hr2 dok ulang alik depan terminal... alih2 p bercuti Langkawi ja pun... janji bawa anak2 jalan kan... time cuti sek tak sempat nk bawa budak2 jalan... syamim ada kelas tusyen 1 bln pastu dia masuk jawi plak... so bln Jan 2013 la br nk blh jalan2nya... selit time cuti Maulidur Rasul blh la p 3H2M.. tp still x seronok x lengkap jg anak2 sbb Syakirin dh p pahang 1 minggu awai... 

Actually p teman adik aka angah honeymoon... km tumpang sekali la.. siap nk bt outdorr bagai semua... berusung2 la dgn tripod.. klu dak camna nk ada muka Mr Abah tuh... siap my potografi.. sllu miss gmbaq...

Tak shopping apa pun.. p jalan semua tempat berbayaq... nk bg puas hati kan.. Naik Cable Car (kali ke 6 dh kot), Underwater World pastu ronda2 Makan Mahsuri, Beras Terbakar, Porto Malai, Galeri Perdana, Laman Padi & bnyk lagi lah...

Jom layanzzzzz !!!!

 Ala ciannya Mia kena panas...

 Kat Gunung Mat Cincang

 Dalam Cable Car

 Dataran Helang (Syamim dok lena dlm keta - pukul 1 am dh kot)

 Romantika sejenak... trus tingat 10 thn dulu.. kikikiki :)

 Porto Malai

Senyum ja si Mia tu..... tak kira panaih ka dak... janji blh pose...

 Galeri Perdana

 Pantai Kok

 Underwater World

Pintu Masuk Cable Car


Thursday, February 14, 2013

cerita tertunggak

1 Dis 2012 yang lalu, anak sulong saya si Syamim berkhatan.  Majlis Berkhatan ini dijalankan secara beramai2 anjuran Rukuntetangga Delima Kuala Kedah.. Mmg best dah meriah walau pertama kali diadakan. Sambutan juga agak hangat iaitu seramai 16 org kanak2 yang terlibat antara 5-11 tahun. Makanan semua disediakan untuk ibubapa dan keluarga yang datang menemi anak2 mereka.  JK Surau Taman Harapan jg telah membenarkan Majlis ini dijalankan di surau tersebut.

 Kusyuk mendengar taklimat yang diberikan.

 Sembunyi di dalam bilik TV, konon nk bg ralit la skit.... nk hilangkan rasa debaran....

Debaran mula terasa...

 Nangis juga rupanya anak mama ni.. ingatkan kental... hehehe

 Dak OK dh tuh.... 

 Bila dah dapat PSP hilang semua kesakitan... hehehehe


2 Dis plak saya sekeluarga adakan sedikit kenduri Kesyukuran sempena Majlis Berkhatan Syamim, Hari Lahir Syamil, Majlis Aqiqah Syamia dan kenduri masuk rumah saya. dah 7 bulan saya tinggal di situ baru nk buat kenduri.. hehehehe
~Majlis Berkhatan SYAMIM SYALIHIN ~
Saya sudah ada anak teruna.. yeahhhhh





~ Majlis Lahir Lahir SYAMIL SYAKIRIN (3) ~
Budak ini sangat obses dgn PINGU... so kena lah tempah kek ikut permintaannya... Nasib NAFA Home Bakery sudi membuatnya.. TQ Meen & Faizol... Rainbow Cheese Cake yg sgt sedap

~ Majlis Aqiqah SYAMIA SYAFIYAH @ 5 Mons ~


 ~ Kenduri Masuk Rumah Baru ~


Tak banyak jemputan, saudara mara, jiran2 dan kwn2 pejabat... kenduri kecik ja...Minta maaf klu ada kwn2 yang tak dijemput... TQVM kpd hadirin dan hadirat yg datang ke rumah kami... :)