Sunday, April 20, 2008

seorg anak, isteri & mama

dh lama sguh x mengupdatekan blog ni....
aku yg lately ni agak membz diri dlm pelbagai hal... mgkin org nmpk mcm x bz tp aku rasa aku mmg bz... dlm semua sudut, aspek & sehalanya... dlm pelbagai kewajipan sbg seorg majikan, seorg anak sulong, seorg isteri & mama kpd putra tersyg...

dgn outstationnya, dgn game futsalnya dgn anak & suami... mcm2 la.. penat pun ada.. seronok pun ada... sentuh psai futsal... dh bnyk kali p lawan di perlis, perak & penang.. dengaq kata nk p baling mgu depan & langkawi awai mei ni... fuhh... mmg bestnya... bila kenangkan semua tu.. sbb blh p jalan... tp tiap2 mggu ad game tu yg letih... kdg2 ad frenly match ngan jab2 lain..

tp bila pandang ke sudut famili... kesian syamim & abah.. br2 ni mama p penang & Bangi... semnggu tgal syamim.. tp hari2 mama kol... sehari smpi 3-4 kali kol dia... rindu oooo... walau penat pun... tnggujwab seorg isteri & mama ttp kena teruskan...

blik rumah mak pun kejap2 jer... antaq anak main ngan mak... besa la syamim cucu sulong... manja arr.... rumah metua cucu dh ramai... hehehhe dh mangli dh tok sana ngan cucu... p sana lg serabut kepala depa.. dh la pak metua tu ad lelah... satg x pasai2 semput lak...

Mei ni nk kena tgal lagi... nk p langkawi & serdang... kt serdang ad SUKNA (sukan jabatan antara zon)... mama main 2 game... futsal & valleyball (reserve ja kot)... lawaks... nk gelak 100 kali pun ad.... mcm la terror... tp terpaksa main la kan... dh terpilih... utk wakil zon utara.. harap2 km menang la... sbb thn ni 1st time wujudnya futsal wanita & valleyball wanita.. tumpang anak sorg.. & dh besar skit.. main p la.. satg anak kecik beduyun2 dh x blh nk layan dh benda2 mcm ni...

weekends ni nk p bkt merah...InsyaAllah.... saja jalan ngan kwn2.... hehhehe tdo sana smlm... release la skit tension tu... pas tu direct kena p Baling, Pengkalan Hulu... ad ap ntah... mcm team building la.. utk kecergasan... utk sapa yg nk wakil zon utara... ceh... ceh... bangga la juga kan... ok la ckp la cerita ku utk hari ni....

Monday, March 31, 2008

APA ITU SAYANG...

Kasih sayang ni dlm pelbagai bentuk... ad yg suka tunjuk kasih sayang tu... ad yg simpan dlm hati... mcm hubungan kasih sayang sesama keluarga mmg penting... kdg2 anak ni cpt terasa ibubapa x tunjuk kasih sayang kt anak2... mak ayah mana x sayang anak...

Masalah sekarang ni ialah si syamim... dh pndai kata abah dia x sayang dia... bg dia kasih sayang tu ialah ciuman... ciuman di pipi... dia sllu akan cium mama.. dan kata... mmmm sayang mama.. (sambil cium pipi mama)... mgkin abh jarang bt mcm tu... sbb tu dia kata abah x sayang dia.... ni adalah dialoq mama & syamim ptg smlm...
Gelagat si syamim kat pizza
Mama smbil bawa kereta...
mama : syamim syg mama dak?
syamim : sa...yang mama... (smbil berdiri nk cium pipi mama) mmmm sayang mama...
mama: syamim syg abah dak?
syamim : sa..yang abah.... mmmm abah x sayang mim... kesian mim kan mama

Nk tegelak mama pun ada time tu.. sbb dia blh tepikir mcm 2 kn... dgn mulut2 muncung dia.. dgn mata dia... mcm sedh pun ad.... abh bkn x sayang... cuma abh mgkin x berpeluang nk bt mcm tu... sapa x syg anak kan???

Bg si syamim ni kasih sayang dlm bentuk perbuatan... sllu peluk dia.. cium dia.. tu adalah kasih sayang bg dia... dia x tahu mcm nk tunjuk lg kasih syg tu kan.. ya la br 3 thn ap yg dia tahu.... tp bg syamim.. kasih sayang adalah ciuman di pipi dia.... hehhehehhe

Monday, March 24, 2008

Keajaiban ALLAH

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an"

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.

Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Apabila tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE ~ PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara merosakkan mata
1. melihat orang dibunuh
2. memandang najis
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARANABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, March 19, 2008

Hepy B'day To Me

Masuk ja kul 12.01 mlm..19 mac 2008, bertubi2 sms msuk dr famili tersayang.. mula dr ein dok di uum, angah, own, ayah & mak... dlm 12.10 br dr aini (polimas).... sguh terharu walau dh msuk 29thn.. familiku x penah lupa utk wish aku tiap2 thn..
dlm kul 12.45 pg br mama terima sms dr abah... mula2 mama sedih juga sbb abah bkn org 1st yg wish mama... rupanya abh nk wish time tu... sbb tepat 12.45pg (190379), actually mama dilahirkan... ptt la abah bt diam jer.. rupnya dia nk tgu time 12.45 tu... sguh terharu...
pg2 ni plak.. mama terima email mengatakan qamar81.fotopages telah update entry baru... so mama buka web tu... terkejut dipagi hari... x sangka entry tu khas utk mama.. (TQ so much kama..) jom sapa nk layan entry si kama ni silalah buka http://qamar81.fotopages.com sbb entry ni khas utk mama.... hehhehehehe thn ni NOKIA XpressMusic menjadi milik mama... sbb abh awai2 lg dh kalut nk bli hset ni... terharu x tau yg keberapa kali... TQ sayang... I love U Forever...

Ya Allah Ya Tuhanku.. semoga Kau panjangkan usiaku dan murahkan rezeki hambaMu ini..semoga hambaMu ini menjadi taat dan sabar di dalam menjalani liku2 kehidupan.. menjadi isteri yg mithali yg setia dan taat pada suami.. menjadi mama yg bertanggungjawab dlm mendidik anak2 ku.. menjadi pekerja yg baik kpd majikanku... Ya Allah Ya Tuhanku... Sesungguhnya hanya Kau yg Maha Mengetahui segalanya.. AMIN...

Tuesday, March 18, 2008

Surat Sayang DariNya

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin.....

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk.

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang 3 atau 4 meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya.

Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU.

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.

Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya, engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU. Tapi yang KU tunggu tak kunjung tiba, tak juga kau menyapaKU.

Subuh........ Dzuhur....... Ashyar.......... Magrib......... Isya’ dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU. Tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU.

Apa salahKU padamu, wahai UmmatKU????? Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU ............ !!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU. Yang selalu menyertaimu setiap saat.

Wednesday, March 12, 2008

DOA

Doa ini pun mama ambil dari utusan online.... mama paste sini adalah utk berkongsi bersama teman-teman semua.... semoga apa yang dilakukan seharian akan diredhaiNya...AMIN

Doa Agar Menjadi Hamba Yang Taat
Allah berfirman maksudnya:

Wahai Tuhan Kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua; orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 127 & 128)
Keterangan Ayat
Menurut al-Imam al-Sawi dalam Tafsir al-Sawi, ayat ini menggambarkan sikap merendah diri Nabi Adam a.s. membina Kaabah. Binaan Kaabah yang diletakkan oleh para malaikat dan Nabi Adam a.s. kemudiannya musnah semasa berlaku taufan besar. Jibril kemudiannya telah membawa al-Hajar al-Aswad yang tersembunyi dan menunjukkan kepada Nabi Ibrahim pelan binaannya. Kemudian Kaabah melalui beberapa proses pembaikpulihan pada zaman Amaliqah, Bani Jurhum, Qusai dan akhirnya pada zaman Bani Quraisy terdapat beberapa kali dibaiki. (Tafsir al-Sawi, tafsir ayat 126-127 surah al- Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal
Ayat ini dicadangkan agar diamalkan ketika menaikkan binaan sama ada untuk membina rumah, sekolah, masjid dan sebagainya agar beroleh keredaan dan berkat daripada Allah s.w