Tuesday, March 27, 2012

23 weeks

Hari ni ad check up bulanan seperti biasa... dan hari ni juga seperti biasa kena buat ujian HBV dan ujian urin. Alhamdulillah HB pun dh naik 0.5mg dan berat badan pun naik 1kg... syukur2..... risau berat x naik aja.... degupan jantung baby pun dh kuat.... 146/min.... semuanya ok utk hari ini..... lega sangat....

Monday, March 26, 2012

Tiga Puluh Tiga

33 angka yang tak boleh diubah lagi kedudukannya... hahahahaha pd 19 Mac 2012 lepas genaplah usiaku 33... tak plan apa2 pun... sibuk.. tambahan plak tgh preggy ni... agak malas nk ke dapur... cukup sekadar membeli sebiiji kek dan mkn anak beranak.... lain kali kita mkn kt luar ok anak2.... yang penting ada kenangan setiap kali sambutan birthday... TQ Mr Abah belikan kek yg sedap... walau thn ni tiada hadiah, cukuplah sekadar ucapan dan sebiji kek... ianya cukup bermakna... yang penting anak2 kita ceria...

TQVM tuk semua saudara mara serta rakan2 yg telah wish....... through SMS, email & FB.............. i likeee...... (^_^)

Love u all with every beat in my heart... i swear...

Semoga tahun ini lebih bermakna buatku sekeluarga... disamping nk dpt baby baru & nk duduk rumah baru.... syukur sesangat.... AMIN dgn rezeki yang Kau berikan.......

Thursday, March 8, 2012

Gaji Baru ~ Syukur

Pelarasan gaji kuatkuasa 1 Januari 2012

2012/03/08

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA

***sumber Berita Harian online***

Thursday, March 1, 2012

Rindu....

rasa cam murung ja hr ni.... bila pikiaq adik nk p holiday dgn tok ayah & mak tok.... tak pernah lg depa bawa adik p holiday.. sblm ni bawa abg aja... sekali ni abg kena tgai..... sbb dh sek... ayah & mak balik Kuantan, ada kenduri kahwin cousin saya di sana (anak kakak ayah)... yg depa ni pun buat time x cuti sek... klu dak mest km semua p sana.... so la ni tgai la saya, mr abah & abg..... nk lap sek x patut sgt rasa.... sbb br ja 2 bln budak tu kenai primary school kan... homework pun dh mcm budak secondary dh.... punya la banyak...

pg td si abg muncong ja..... paham la dia sedih sbb maktoh & tok ayah bawa adik.... jeles la tuh... nk bt mcm mana syg.... abg kan sekolah... sabaq k.... tmbahan plak smlm semua pakat dok mengemas2 beg sbb nk berangkat koi 3 ptg hr ni... saya pun sebok mengemas baju2 & kelengkapan adik... agar 1 pun x tertinggai..... baju2, kasut, dypers, susu, pelas air, bantal, mainan, shower creme, shampoo, berus & ubat gigi adik..

smlm Mr abh bawa kami g jalan2... shopping2... mkn2... sja nk bg si abg dia ceria skit.... karang muncung seminggu jenuh nk pujuk....

hai la budak mata boolat,..... rindunya...

sedih jg la smlm adik x mau berenggang langsung dgn maktoh & tok ayah... tdoq dgn kami x mau.... bila ambik dukung & peluk dia terus meronta... sabaq ja la..... hakikat km x dpt la nk gomol2 & peluk dia smlm... mmg hat ni cucu maktok sguh... ya la maktok jg dr umoq 1 hr... mana berenggang lansung dgn maktok kan.... klu saya outstation pun, bukan dia tdoq dgn abah dia..... kompom masuk bilik maktok punya....

pg td saya peluk & cium dia puas2.... hari rabu depan br nk jumpa dgn dia... lama tuh.... rindu sesangat.. ni pun dh rindu tahap gaban.. padahal depa dok kt rumah g.. koi 3 br nak p.... bkn pa.. bila saya, mr abah & abg blik ptg ni, adik kan dh bertolak.... kira last jumpa dia pg td sja la.... jenuh la saya dok peluk baju2 adik sepanjang dia x dak nih......

semoga perjalan ayah, mak, pakngah, aini & syamil selamat smp ke destinasi (tg malim).... singgah rumah adik bongsu saya di sana.. keesokan pg baru berangkat ke KL (ambil adik saya yg sorg lg) dan terus bertolak ke Kuantan.... so konvoi 2 keta la... Selamat Jalan semua....... Selamat pergi & pulang...... *sob*sob*sob*

Tuesday, February 28, 2012

19 weeks

Hari ni kena turn check up tuk bulan Feb... last check up 31 Jan lepas.... hr ni mcm biasa bt urine test, ambil darah utk HGB, blood presure & yg paling best dengaq bunyi jantung baby... best2.... baby dh mula gerak.. jantung pun dh kedengaran.. tinggi rahim pun dh 18+.. dan 1 lagi berat dh naik 1 kg... amboi susah sguh berat nk naik nih...... start preggy weight static aja.... kali ni naik 1kg..... lega.. syukur.....

Semoga baby terus membesaq dan aktif.... hati ni dpt nasihat utk memperbanyakkan memakan yang ada zat besi spt kerang atau hati... sbb HB dh mula menurun dari 11.8 (bln lepas) tinggal 11.4 hr ini....

Sunday, February 19, 2012

memang suspen betoi.........

Slot Cerekarama di TV3 semalam bertajuk "JUJUR AKU DAYUS"... dengaq tajuk pun dh rasa suspen bg saya... bukan apa, sbb nk tau sgt kenapa jadi dayus dan siapa yg dayus, lakukan Beto Kushairi (Ed) dan Nora Danish (Lis) terbitan Pn. Ziela Jalil... drama yang penuh dgn beberapa suspen smp 3/4 jalan cerita pun dok suspen lagi... nk tau jg kenapa suaminya bersikap demikian.....sbb tu tggu jg smp koi 12....

Ceritanya mcm ni.... kisah seorang anak yatim piatu yang benama Ed dan dibesarkan dirumah anak yatim (Beto) dan bertemu dgn seorang anak hartawan bernama Lis (Nora Danish) yang agak liar dan sosial.. akhirnya mereka berdua bertemu dan berkahwin. Sejak berkahwin Ed telah mendidik Lis menjadi isteri solehah & taat pada suaminya.. selepas 3 bln berkahwin Ed terpaksa ke Jepun selama 1 tahun kerana ada urusan pekerjaannya disana dan ingin membawa isterinya bersama. Namum si isteri enggan bersama suaminya atas dasar kerjanya di Malaysia yang juga agak penting.

Satu tahun kemudian, apabila Ed pulang ke Malaysia, Ed kemalangan dan koma selama beberapa bulan. Siang malam Lis menjaga suaminya yang terlantar di hospital tanpa mengira penat lelahnya demi suami tersayang. Apabila Ed sedar, Lis lah manusia yg paling seronok & bersyukur sgt2. Dia membawa Ed pulang ke rumah mereka.

Start dari babak ni dh mula suspennya..
Suspen 1 - Apabila Ed sedar, dia ada bercakap dengan doktor, tapi masa tu tak ada suara.. hanya pergerakan sja... adoii apalah yg Ed cerita kt doktor nih......????

Suspen 2 - Sejak Ed pulang ke rumah dia tak mahu lagi tidur sebilik dgn isterinya dan tidak mahu jejak kaki ke tingkat atas rumah mereka.. Sanggup dia tidur di bilik tetamu tingkat bawah.. (Mula2 ingatkan si Ed ni dh tidak ada kejantanan lagi sejak eksiden... manalah tau sbb tu dia x mau tdoq dgn Lis.. rupanya salah tekaan)

Suspen 3 - Wujud pula Aishah (Irma Hasmi) yang sarat mengandung dan tidak bersuami dan Ed sanggup menjaga maruah Aishah kerana dia sayangkan Aishah. Ingatkan Aishah mengandung anak luar nikah dengan Ed (salah tekaan rupanya)

Banyak sguh 'punch line' dalam cerita ni... masing2 membuat andaian sendiri kenapa cerita ini mcm ni...

Suspen 4 - Aishah seolah2 mencari Ed untuk menutup malu... bila dh lama2 skit... eh macam Aishah ni mcm isteri kedua dia plak....manalah tau kot bertemu jodoh di Jepun ka kan (salah teka lagi)..... hai suspen semakin memuncak.....

Suspen 5 - sikap Ed totally berubah. Dia langsung tak pedulikan Lis.. Seolah Lis tidak wujud dalam rumah itu.... betapa sedih & remuknya hati Lis apabila suaminya bersikap demikian.. mmg isteri solehah betoi Lis ni... sbb dia x penah nk tinggikan suara pd suaminya.

Tapi apabila Ed bersembang dgn Aishah elok plak.. normal pulak... kenapa nih?????? mesti Lis akan give up dgn Ed suatu hari n anti dan kembali sosial mcm dulu2...... (salah teka jugak)......

Si bapa Lis ni dh mengamuk tak tentu arah dah... sbb Ed dh berjanji akan membahagiakan Lis dan tidak akan buat Lis derita sampai akhir hayat dia.... tp kenapa dia buat Lis menangis hari2 dgn sikap yg endah tak endah aja dgn isterinya. Tapi Lis tetap sabar, dia cakap dekat ayah dia, dia akan taat kepada Ed selagi Ed bergelar suaminya..

Suspen 6 - Apabila kakak Lis (Rozie Rashid) cuba masuk campur & nak redakan hubungan keluarga adiknya yg agak pelik... kakak Lis tanya la Ed sampai bila hubungan ini akan berlarutan mcm ni.... Ed jawab sampai dia tidak pengecut lagi??? Pengecut?? apa maksud pengecut itu dan kenapa?? rasa mcm nk p kopak ja mulut Ed, seolah2 ada emas berketoi2 dlm mulut dia yg berat sgt nk cerita ni psai apa..... Ed ckp dekat kakakipar dia.... rasanya lebih baik kakak tak perlu tahu.....

Yang saya hairan dan sangsi Ed mendidik Lis menjadi isteri solehah dan dia juga sering memohon ampun dan petunjuk dr Allah SWT tapi kenapa dia bersikap dingin dgn isteri. Seolah2 mcm dia tak tahu pula hukum hakam... tapi kalau tak ada punca dia x akan bt mcm tu rasanya sbb dia suami yg soleh. Tu yg nk tahu sgt apa puncanya????

Akhirnya terjawab sudah tekaan itu setelah bapa Lis mendesak dan menuduh dia membuntingkan Aishah tanpa bernikah dgn Aishah.. tapi sedih juga sebelum Ed menceritakan hal sebenar dia telah melafazkan talak 1 kepada Lis.... menangis pula saya time tu.... ya la sbb Lis mmg isteri yg taat setia pada suaminya.. bersabar setiap apa yg suami dia buat dekat dia.... mmg solehah lah.......

Suspen 7 - Lis nangis dan tanya dekat Ed, kenapa sanggup buat dia mcm tuh? tapi Ed tak menjawab, sebaliknya Ed tanya balik kt Lis, kenapa sanggup awak buat mcm ni dekat saya?? ternganga mulut ayah Lis a.k.a bapa mertua Ed... haaaa Lis buat apa pulak?????Lepas ayah Lis mendesak akhirnya Ed ceritakan hal sebenar, tapi sblm sempat Lis menjawab Ed jatuh talak kepada Lis....

Nak tahu ending kena lah tgk sendiri.................. hehehehehe......... jangan mare....


Tapi saya mmg mendapat iktibar dan pengajaran dr cerita tu... antaranya :
1. Dalam hal berumahtangga suami isteri tidak boleh ada kesangsian, jika ada kesangsian suami/isteri perlu selidik terlebih dahulu sebelum menuduh.
2. Si isteri perlu meminta izin utk keluar rumah terlebih dahulu dr suaminya walau dimana sja suaminya berada.
3. Si isteri perlu bersikap jujur dgn suami.
4. Kalu tak puas hati apa2 cakap terus terang jgn simpan dalam hati..
5. banyak lagi........

Ada kwn2 yg komen best ada yg komen.. ada yg komen tak best dan cerita ni besa2 sja... terpulang pada hak individu nk menilainya.. actually saya mmg suka cerita yg suspen mcm ni.... saya tak suka cerita direct dr awai smp habis.... cerita tu tak habis g kita dh blh teka penghujungnya... bosan rasa nk tggu smp habis... sbb tu saya jarang tgk cerita melayu... tp dgn drama ni tersangkut smp habis... sbb semua bermain dgn teka teki utk endingnya.... nak tahu kenapa?? mengapa jd mcm ni??? nk tahu kesudahan jg kan.... tu lah taktik drama yg berkesan..... tahniah Pn. Hjh. Ziela Jalil....