BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.
LEMAH RASA BADAN
Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.
KELEMUMUR
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.
MELICINKAN BETIS
Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.
DEMAM SELSEMA
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.
RAWAT TUMIT RETAK
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.
KUDIS API
Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.
ELAKKAN TANGAN MELEPUH
Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.
GIGI LEBIH KUAT
Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.
MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA
Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.
TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT
Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda.
TERSELIUH DAN LEBAM
Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.
UBAT SEMPUT
Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.
BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL
Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-eloknya dsapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya.
DEMAM KUNING
Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu.
MENAMBAH AIR SUSU
Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan.
SAKIT KEPALA
Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala.
SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR
Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya.
URAT BETIS TIMBUL
Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.
DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
RUAM PANAS
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya.
BERAK BERDARAH
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.
LELAH
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah.
MUNTAH
Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.
HILANGKAN RUAM
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudia saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.
KURAP SUSU
Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. Insya Allah kurap itu akan hilang. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang jenis ruam).
MENJARANGKAN KELAHIRAN
Ambil Segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang. Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh sendi.
SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR
Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.
LEBAT & CANTIKAN RAMBUT
Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.
BATUK
Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.
RAMBUT JARANG
Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.
HILANGKAN JERAWAT
Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.
TAWARKAN IKAN MASIN
Sebelum anda memasak atau menggoreng ikan masih ini, terlebih dahulu hendaklah direndamkan dalam air selama lebih kurang 10 minit. Setelah itu boleh dimasak mengikut citarasa anda.
TAWARKAN BISA KALA JENGKING
Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.
PENYAKIT KULIT PADA BAYI
1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.
2. Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi
3. Jangan memandikan bayi dengan sabun . Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi.
4. Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.
5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati difarmasi
6. Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor.
LUKA
Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan basuh hingga bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih. Layurkan daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun jambu batu ini pada luka tersebut.
SAKIT PERUT
Ambikan dua genggam buah enai, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.
JERAWAT 2
Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu kemudian bilas pula dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari jerawat.
SAWAN DI KEPALA
Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.
SAKIT GIGI
Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam keping asam keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga menjadi dua cawan . Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.
KUKU BERNANAH
Bersihkanlah terlebih dajulu kuku tersebut dengan air panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.
JERAWAT 3
Amalkan menyapu minyak sapi seluruh muka setiap hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan tetapi anda akan berpuas hati dengan hasilnya di mana muka anda akan licin dan berseri. Insya Allah.
BADAN WANITA BERBAU
Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.
KULIT MUKA KERING
Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas sua. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.
BATUK BERPANJANGAN
Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Semalamt mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.
MATA MERAH DAN GATAL
Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.
0 comments:
Post a Comment