Monday, August 23, 2010

Ceritera Hari Ini

Td masa lunch saya ke pacific...boring dok dlm off pun...kebetulan nk p tukaqkan seluaq si Syamil... beli semalam saiz terkcik skit.... kena la amik saiz besaq..

Masa tgh syiok2 layan baju baby kt Baby Kiko Corner... dengaq bising2 kt Sun Baby Corner... ceh2.. saya cuba nk sebok2kan diri..so p la belakon belek2 baju kt Anakku Corner sebelah ja ngan Sun Baby Corner tu...**punya la nk ebok kan**

Ada la sorg Hamba Allah nih.. pangkat2 tokwan la dr segi fizikal... nmpk smart.. branded, bergaya.. sekali tgk cam org kaya gituh.. ngan jam RADO... ewah sempat g aku nmpk jam tgn dia.. mai dgn sorg budak around 3 yrs gutu lah.. pakcik tu actually nk beli overall kt baby boy.. maybe cucu dia la jugak... dia nk beli baju umoq 6 bln.... mgkin la salesgirl tu pun tunjuk la baju tuh...(saya tak pasti sbb tak nmpk lg masa nih)

Ni dialog yg saya dengaq la..

Pakcik : Ishh tak kan baju nih kot hat umoq 6 bln...

Salesgirl : Hat ni la pakcik... yg ni 6-12 bln..

Pakcik : hampa ni pikiaq la tgk.. budak 6 bln mana blh merangkak pun lg.... baju ni besaq nih (nada suara mula tinggi)

Salesgirl : Pakcik baju nih blh pakai dr 6 bln hingga 1 tahun... tgk juga bada baby tu... x sama ada yg besaq ada yg kecik...

Pakcik : Ish2 x logik2 aihh.. aku x puas hati... baju ni besaq nih.....(dok ulang ayat tu ja dr td)

Salesgirl : Senyum ja

Pakcik : Pikiaq tgk la baju ni mcm budak dh blh jalan....hampa nih reti jual baju ka dak??? (lor tak habis lg dia beleter)

Budak tu kan nk tau pa dia tlg jual ja.. lg pun bukan tugas dia tagging code baju kan...p la beleter kt kilang Sun Baby tuh.... hehehehe

Salesgirl : Ramai dh customer yg beli pakcik

Pakcik : Hampa ni tau apa??? Hampa ni kan ada anak pun!!! Jom la balik...payah beli tang nih....(sambil dia tarik tgn cucu girl dia tuh)

Kami yg dok area situ nk gelak pun ada tgk gelagak org tua nih....Sian salesgirl tuh...pakcik tu mmg ckp kuat... smpi semua mata tertumpu kt depa 2 ja... malu dia..yg bestnya ayat salesgirl tu yg last...

"Org tua ni ada duit ka dak nk beli nih???" Hahahahah..km trus gelak sbb dh tak tahan sgt kan....

Hai ni la sikap manusia noh... mcm2 perangai...ujian di Bln Ramadhan la nih...
rasa mcm nk p menyanyi ja lagu nih kt pakcik tuh..ada juga org mcm ni noh....

~BUDI BAHASA.....BUDAYA KITA~



Tuesday, August 17, 2010

Antara kasih sayang dan wang ringgit...

Susah nk digambarkan bila wujudnya situasi semacam nih.... sesiapa yg tidak berada digolongan ini mesti x mengerti apa yg hendak digambarkan.... tp melalui pengalaman rakan taulan dan sanak saudara terdapat beberapa kes sebegini yg menjadi punca pergaduhan & juga keretakan rumahtangga...

Bagi anda yang mana hendak didahulukan di zaman ini....??? mungkin ada yg berpendapatan mengenai wang lebih penting dan berharga dan ada yg suka jika terdapatnya kasih sayang lebih menjamin kebahagian atau pun nk kedua-duanya sekali... saya pasti mesti ramai yg nak kedua2nya kan....tp tak semua berpeluang mcm itu...

Ada beberapa kisah disebalik tajuk ini... tp saya nk highligtkan ttg dua kisah sahaja iaitu Kisah 1 ttg pentingnya wang dan Kisah 2 ttg pentingnya kasih sayang..

Kisah 1
Si ibu ini mempunyai ramai anak. bila kecil mmg diberi segala kasih syg sepenuh hatinya kepada anak2.. ya lah sapa yg x sayang anak.. apabila anak membesar, mereka telah bekerja dan membawa haluan masing2. Mmg menjadi tanggungjawab anak2 untuk memberi wang kepada ibu bapanya. Tp bila nilai wang ringgit atau lbh tepat jumlah wang yg diterima tidak sama, dh mula nmpk ibu ni semakin menyebelahi kpd anak2 yg memberi wang yg lebh bnyk. Tambahan pula mendapat menantu yg kaya raya... anak sendiri dipinggirkan... Setiap apa yg dilakukan mesti mendapat pujian oleh ibu mereka. Kalu ada benda salah yg dilakukan si ibu ini diam aja.. Org kedah kata buat2 pejam mata..

Kerjaya atau rezeki yg diberikan oleh Allah tidak sama. Mungkin rezeki adik beradik yg lain lbh bnyk, namum Hamba Allah yg saya gelar Si A ini ttp bersyukur dgn rezeki yg diberikan Allah Taala.. Tp adik beradik yg lain pula dh jd juah diri dgn kata lain sombong sbb mereka lbh bnyk memberi wang dr Si A. Si A ttp tabah & kuat semangat sbb dia sayangkan ibunya. apakan daya hanya itu yg mampu diberikan kepada ibunya. Si A ni ada tanggungjawab lain lg anak2, isteri, kereta, mtor & pelbagai belanja yg lain yg harus diutamakan juga.. Dari segi nilai kasih sayang kepada cucu pun ada perbezaan. Si Nenek ini lebh sayangkan cucu2 kpd anak2 yg memberi bnyk wang itu. Mgkin si nenek ini tidak sedar perlakuannya atau mungkin dia tak dak niat mcm tu... tp mmg ketara kasih sayang yg diberikan. BETAPA BESARNYA KUASA WANG RINGGIT.. kerana $ hilang kasih sayang, kerana $ ada pergaduhan saudara, kerana $ adalah segala-segalanya.


Kisah 2
Seorang gadis di gelar Si B ini berasal dr golongan sederhana. Tapi rezeki dan jodohnya bertemu dengan seorang lelaki dr golongan atasan atau elit. Apabila berkahwin Si B ini dilimpah ruahkan dgn kemewahan dan kesenangan. Syukur dan seronok tak terhingga bila dia dh semakin sng dan sikit sebanyak dpt membantu keluarganya..sebelum ini ssh.. nk pegang duit 100 dlm beg duit pun payah.. tp kali ni sekali dpt 1000 dr suami... beli apa sja yg dia suka.. nk kereta A, suami beli.. bosan pakai kereta A dia nk yg B plak.. suami belikan.. apa sja yg dikehendaki olehnya akan ditunaikan oleh si suami. Lama kelamaan Si B ni rasa bosan.. sebenarnya si suami tak reti nk bagi kasih sayang kepada isteri. Apa yg dia tau tabur duit sahaja. nak kemana sendiri.. nk beli baju sendiri.. nak buat apa sja.. ikut suka suami tak amk peduli.. bg suami kasih sayang hanya memberi $ sahaja. lama kelamaan, tahun bersilih ganti, Si B rasa seolah2 dia keseorangan, mcm tak ada suami plak dia rasa. tak guna ada suami klu rasa diri mcm janda. Dia dh tekad dan bt keputusan untuk berpisah dgn suaminya.. Akhirnya mereka berpisah.

So apa yg blh kita simpulkan dari kedua2 kisah ini..?? Kisah 1 dan Kisah 2 ni adalah org yg sana kenali.. Apa2 pun saya tiada niat untuk mengaibkan org yg terlibat, namun apa yg saya lakukan utk menjadi pengajaran kpd rakan2 sekalian & dpt berfikir untuk meneruskan kehidupan. utk esok dan hari2 seterusnya... Apa2 pun hanya Allah Taala shj Yang Maha Mengetahui..

Wassalam


Sunday, August 15, 2010

Gigi Pertama Si Kecil

Petikan ini diambil dr Majalah Pa & Ma... saja ja saya nk berkongsi dgn rakan-rakan sekalian....

Gigi pertama si kecil

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketiak dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

The latest pica of Syamil Syakirin @ 9 mths


Thursday, August 12, 2010

3rd Ramadhan ~ Happy 6th Anniversary

Sayang, We Are So Lucky....
Not Only Did We Found LOVE....

We Also Found FRIENDSHIP....
HAPPY 6th ANNIVERSARY MY LOVE....

Ya Allah....
Kami hambaMu...

Hanya mampu berdoa dan berserah padaMu Yg Maha Esa..

Hanya Kau Yang Mengetahui Segalanya.....

Kami Berdoa Semoga Jodoh ini Berkekalan
Hingga Hujung Nyawa Kami....

~AMIN YA RABBAL A'LAMIN~



Tuesday, August 10, 2010

SALAM 1 RAMADHAN

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA

SEMOGA SAMA - SAMA KITA MEMPERTINGKATKAN IBADAT DI BULAN YG MULIA INI DAN SEMOGA DIBERKATI ILAHI
~ AMIN ~


Monday, August 9, 2010

My Sotong Pulut

Sotong Pulut resepi turun temurun keluarga di Pahang.. masakan Pantai Timur.... mak belajaq dr mertuanya dan saya belajar dr mak.... :)) boleh dijadikan salah satu juadah berbuka nanti....

Bahan A

~ Beras pulut~ Sedikit Halba

Bahan B (kuah)

~ Sotong
~ Santan
~ Garam
~ Hirisan Halia
~ Hirisan Bawang Merah~ Secubit halba
~ Garam secukup rasa
(Masukkan semua bahan B ke dalam periuk masak)
~ Lidi

Cara-cara
1. Asingkan kepala sotong dan badan, cuci dan toskan
2. Msukkan 3/4 beras pulut kedalam badan sotong
3. Masukkan kepala sotong dan cucukkan lidi.4. Ulang langkah 2-3 hingga habis.
5. Masukkan semua sotong kedalam adunan Bahan B (dalam periuk)
6. Rebus sehingga masak (hampir kering)
7. Hidangkan bersama sos cili.

Sebelum direbus


Semasa merebus

Sedia untuk dimakan

~SELAMAT MENCUBA~