Tuesday, March 29, 2011

pilihlah wanita yang sempurna

Pesanan Rasullah saw untuk kaum lelaki :

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... Jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah... serta jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


WANITA ANANAH

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

WANITA MANANAH


Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk menbangun rumahtangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumahtangganya.


WANITA HANANAH

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya dan dia mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

WANITA HADAQAH


Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja yang dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suaminya botak.

WANITA BASAQAH


Ada 2 makna :

Pertama : Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Tetapi bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini suka dipuji2. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasinya.

Kedua : dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan dengan orang lain bahagiannya.

WANITA SYADAQAH


Banyak bercakap. tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja banyak cakap. Kebecikan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Oleh itu jadilah wanita yang bergelar Muslimah. InsyaAllah....

Dicatat oleh Iman Al-Ghazali

4 comments:

aku eta said...

suka :)

SM79 said...

eta,
aku pun suka :)

Diamilikku said...

suka sangat.....thanx for sharing

SM79 said...

sone..,
sharing is caring.... :)