Tuesday, May 22, 2012

TIPS CINTA

19 TIPS CINTA ANTARA SUAMI ISTERI
yang saya nk kongsi dgn kwn2... yg dipetik dr FB Suami Mithali, Isteri Sejati, Keluarga Harmoni

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari 1 hr seperti tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa utk menelefon pasangan sekurangnya sekali walau sekadar bertanya apa yg sedang dilakukan.

4. Senantiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE you sepenuh hati sebelum kemana-mana, menamatkan perbualan di talian dan sebelum tidur.

5. Senantiasa mencari peluang utk makan tengahari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak2 pd hari bekerja.

6. Amalkan bertanya apa yg berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa utk berbual tentang apa shj dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sblm tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jgn biar berlarutan walau utk satu jam sekali pun apatah lagi berhari2.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya krn apa yg penting ada berada disisi.

10. Jgn sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting utk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli utk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan sprt membeli hadiah atau kad utk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam atau seksi atau apa shj yg anda tahu pasangan anda menyukainya.

14. Senda gurau dlm rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa shj yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Senantiasa kenang pengorbanan masing2 sprt susah payah isteri melahirkan anak dan suami yg bekerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta utk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa shj masalah yg timbul, berterus terang dan berbincang bersama utk menyelesaikannya.

18. Senantiasa menyimpan tekad utk menjadi suami/isteri yg baik dlm rumah tangga bahagia krn +ve akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan2 di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sbg titik permulaan utk melakukannya tanpa rasa segan dan malu.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Ya Allah Ya Tuhan Kami, semoga ikatan ini akan berkekalan hingga akhirnya, hingga ke Syurga Firdausi. Amin Ya Rabbal A'lamin.

3 comments:

aku eta said...

hat no 9 tu aku surrender...aku mmg tak minat nak teman mr lobak nganga channel sukan...pening la rasa...kalau dia ajak tngok raja lawak hat tak berapa nak lawak tu aku ok lagi hehehehhehe....

SM79 said...

eta :
ala hg dok sebelah ja tp lena pun x pa.. hehehehe.....

ietafakyra said...

kan!!! ku mmg suka curi2 lunch ngan hubby tp skrg kena tukaq ke bekfast sbb dh damia duduk rumah. hahahahaha