Monday, November 3, 2014


Tahniah anak mama Syamim Syalihin di Hari Anugeran Perkhidmatan Cemerlang... teruskan perjuangan teruskan usaha untuk mencapai cita-citamu.... Mama dan Abah sentiasa doakan kejayaanmu dan adik-adik...

#skjp #harianugerahcemerlang #tahun3




Thursday, October 23, 2014

happy birthday my man


HAPPY BIRTHDAY
TO THE MAN OF MY LIFE,
THE KING OF MY DREAMS,
AND THE MATE OF MY SOUL,

Happy Birthday My Husband
19 Okt 

#throwback

Tuesday, October 14, 2014

sudah pandai bergaul dengan masyarakat

Alhamdulillah anak teruna mama yang ke-2 a.k.a abg ngah seusia 4 tahun 11 bulan sudah pandai bermasyarakat... hehehehe

Sebenarnya hari itu adalah hari kenduri Qorban di rumah toksunya... kebetulan kekurangan tenaga... dan abang longnya terseliuh kaki... jadi dia bersetuju turun padang utk basuh pinggan bersama pakcik2nya.....

Tahniah anak mama... #syamilsyakirin #kendurikorban2014 #tamanbahterakualakedah 



Monday, October 13, 2014

HARI RAYA KORBAN 1435H

Tahun ni sangat meriah dengan kenduri korban rasanya.... dari hari pertama hingga hari ke 3 asyik makan kenduri sahaja... syukur atas rezeki dariMu Ya Allah.....

Apa-apa pun tahun ni saya dan si puteri menggayakan jubah bertemakan Gaza.... 

#savegaza #prayforgaza



Monday, September 15, 2014

From Taiping With LOVE - entry yang tertunggak

Taiping here we come!!!

Sudah lama saya berjanji dengan anak-anak mahu bawa mereka ke Zoo... So yang terdekat dgn kami ZOO TAIPING lah..... tengok anak-anak pun dah sihat... lepas raya suami booked Kama Lodge.. saya pernah sekali menginap di situ atas urusan kerja.. memang best dan menarik sekali.. harga pun berpatutan. kami ambil bilik yang biasa sahaja sebab percutian bajet. Kepada pengunjung-pengunjung yang akan melawat Taiping, saya syorkan pilih Kama Lodge.

15 Ogos 2014

10.00 pg - Kami bertolak dari Kuala Kedah. Saya membawa bekal nasi lemak dan kami sekeluarga berkelah di RNR Gunung Semanggol. Mmg best tak terkata berkelah sambil anak-anak bermain di Taman Permainan. Kami tiba di Taiping jam 12.30 tgh, hero besar dan kecil saya ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.. dan saya serta 2 anak laki menunggu di dalam kereta.... Sejuk dan nyaman ja Taiping ni... 


2.30 ptg - kami check in di bilik. rehat seketika dan tidurkan anak-anak sementara nak meronda Pekan Taiping di petang hari.

5.00 ptg - kami lepak di Taman Tasik Taiping.  Anak-anak saya tak banyak ragam. Asalkan tempat itu ada taman permainan dah cukup baik buat mereka. seronok tak terkata sampai tercungap-cungap penat berlarian.




6.00 ptg - kami anak beranak mandi sakan kat pool... pool tu kami yang punya.. tak ada manusia ka kat Kama Lodge ni selain kami??? hahahaha


8.30 mlm - kami makan di restoran Kama Lodge dan bergerak ke Night Safari.. dah ronda satu pusingan dengan train, kami nak berjalan pula kan... ya la tak puas kot 1 pusingan saja... habis saja 1 pusingan hujan turun pula.. Syukur hujan rahmat. tapi kesian anak-anak tak puas pula... balik bilik saya wasap dengan group sek saya. Sek Men Sultanah Asma, Alor Setar..






16 Ogos 2014

Pagi-pagi lagi salah seorang sahabat dalam group wasap saya reply akan ke Taiping juga... nak jumpa kami... YA Allah bestnya ada sahabat yang mcm tu... mcm  nk entertain kami la... padahal mereka tinggal di Manjung.. terima kasih sahabat dunia dan akhirat.

11.30 pg - kami check out dan berjumpa sahabat di Zoo Taiping.. kami masuk sekali lagi disebabkan semalam hujan. tak apa duit habis demi anak-anak... dan yang penting kami sudah merasa masuk zoo siang dan malam..





2.30 ptg - solat zohor dan terus ke restoran Doli yang famous di Taiping (lupa pula nk snap gambar ) boleh tahan la tapi tak boleh lawan Koteow Iman di Alor Setar... hehehehe



4.30 ptg - kami ke Muzium Taiping pula.. bestnya budak-budak ni.. ya lah dah ada kawan. anak saya 3 orang, anak kawan 3 orang. best la...... mereka sungguh enjoy....





6.00 ptg - kami beransur dan beredar dari Taiping. Saya sekeluarga pulang ke Kuala Kedah dan sahabat pun pulang ke Manjung. Memori yang sungguh indah dan tak dapat dilupakan....

Walaupun percutian kali ini hanya percutian bajet dan dekat sahaja namun saya dan keluarga cukup gembira dan seronok..

Sunday, September 14, 2014

SYAWAL 1435H - entry yang tertunggak

Tahun ni saya dan keluarga raya sakan... tak p mana pun tp rasa puas sguh....

1st day raya di Kuala Kedah rumah mak saya dlu.....


Tgh pula balik Kg. Bukit Lada rumah tok sebelah suami... satu2 tok yg ada sebelah suami saya... sejuk..nyaman ja di kampung...




Jamuan raya tak putus2... di pej pun banyak kali jamuan diadakan... by units... so banyak kali la kami makan...... seronoknya.. mcm2 menu yg menarik... makan tak ingat duniaaa....... pastu gaduh berat naik... hehehehe

Ini gambar ahli unit kami bersama boss.. lampu bernombor 4 bermakna kami ahli unit 4.... :)

Antara tetamu yang hadir semasa jamuan raya yang dianjurkan oleh URP4

Antara senarai menu yang disediakan oleh unit kami..... mcm2 nama keluaq.... mmg happening sguh tahun ni..... TQ ahli2 urp 4 yg bawa mai semua brg2 keperluan bg menjayakan jamuan kali ni.. habis punggah stor rumah... 

Thursday, September 11, 2014

Dah mula menjauh - entry yang tertunggak

Bulan Jun lagi Mr Abah asyik kena ulang alik di Langkawi... sbb company tempat keja dpt tender di sana... makan masa 2 tahun lamanya..... tak apa demi sesuap nasi untuk kami terpaksa juga la Mr Abah ke sana....

Aku sebagai mama dan isteri kena kuat dari segi mental dan fizikal nk urus 3 permata hati... mmg kena strong sguh2... maklumlah sebelum ni dimanjakan.... huhuhu padan muka noh.... tp x apa bukannya dok direct kt sana.... seminggu sekali balik la... kdg2 ad minggu yang tak kena p.... tp kena p Ipoh plk bt keja kt sana... adusssss...... 

Anak2 ni plak kdg2 mcm mencabar kesabaran kan.... tu namanya dugaan.... sabar.... sabar.....  tapi kesian si kirin no 2 dan si mia no 3... sgt2 close dgn abah mereka.... kena selimut plak kain pelikat utk lepaskan rindu dendam..... hehehehe

Masa pagi la agak kalut skit.. selalu kami bahagi anak hantar ke sekolah.. ni semua saya yang kena uruskan.... Inshaallah... berkat doa Allah akan permudahkan urusan.... AMIN

My Princess is TWO - entry yang tertunggak

Ya Allah..... banyak sgguh entry yang terunggak.... banyak sgt cerita yang nak diceritakan..

Syukur Alhamdulillah.. pada 9 July 2014 yang lalu, anak kecik saya dh menjangkau usia 2 tahun. Ya Allah betapa cepatnya masa berlalu. Anak manja saya dh pandai bercakap, merajuk no 1, berontak jg no. 1..kalah si abg2nya... semua dia nak menang.. tapi saya tetap happy ada princess yang boleh jadi peneman saya di dapur, kawan berborak dan kawan semasa saya melipat kain. Minta maaf sayang, mama & abah tak sempat nk sediakan party sbb bulan puasa.. Cuma sempat celebrate birtday adik di Pizza Hut aja.... janji adik happy....




Sunday, June 15, 2014

SELAMAT HARI BAPA



TIADA KATA-KATA YANG DAPAT KUUNGKAPKAN...

Dua lelaki yang amat aku sayangi.... 

Ayah Yang Dikasihi..
Kasih sayangmu tidak dapat digantikan dengan wang ringgit,
Pengorbananmu tidak mampu kami membalasnya...

Suami Tercinta..
Hampir 10 tahun kita bersama...
Banyak suka duka...adat berumahtangga..
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri....
Akan sayang kamu hingga hujung nyawaku...
Terima kasih diatas segalanya...
Kau lah sahabat, teman dan juga kekasih...
AMIN...


Wednesday, June 11, 2014

DOUBLE S SAMPERIT

DIA MAI DAH.... DIA MAI DAH.....

BISKUT KALA KUNING, ADA CERI KAT TENGAH...
BISKUT EVERGREEN.....
CAYAQ DALAM MULUT......
GEBU, RANGUP, NYUMMIIIIIIII

BERMINAT?????

PM OK... 012-5181673
COD ALOR SETAR, JITRA, MERGONG, KUALA KEDAH

NAK DAPATKAN DARI AGEN PUN BOLEH

SHAHRUL (TANJUNG MALIM, UPSI)  012 - 4890826
ZUERA (MANJUNG, SRI ISKANDAR) 019 - 6906127
MAZURA (KODIANG) 012 - 593 6227
ODAH (CHANGLUN, UUM) 013 - 4766013
KAMA (KEPALA BATAS, PULAU PINANG) 012 - 459 5402
SHIKIN (SG. BAKAP, NIBONG TEBAL) 012 - 4774290
RASHIDI (KANGAR) 017 - 4037689
ROZANA (KULIM) 012 - 4821973
SUZI (PUTRAJAYA, CYBERJAYA) 017 - 3783818
DINAR (KL) 012 - 6944489




Monday, March 10, 2014

Sebelum & Selepas


ini jawapannya

mengamalkan produk SHAKLEE

#ESP
#vitamin C
#vitamin E

I'm your Shaklee Indipendent Distributor
Call|SMS|Whatsapp|WeChat : 012-5181673
COD : Alor Setar | Kuala Kedah | Kubang Rotan
FB : Healthy Lifestyle
Blog : Healthy Lifestyle For You

PRAY FOR #MH370

Kehilangan pesawat MH 370 amat2 mengejutkan seluruh dunia... insiden yang sungguh memilukan..... pesawat MH 370 yang akan ke Beijing pada 8 Mac jam 12.40 pg yang membawa sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal  telah terputus hubungan jam 2.40 pg.... sehingga kini masih tidak dapat dikesan...

Ya Allah... 
Semoga Kau permudahkan segala urusan mencari mangsa... 
Hanya Kau Yang Maha Mengetahui....

Walaupun tiada keluarga yang terlibat, tapi disebabkan sikap kemanusiaan yang ada didalam jiwa dan sanubari ini... aku tetap terpikir.. susah hati.. tak boleh nak tidur.. asyik teringat apalah nasib mereka... nak buat kerja pun tak boleh... resah.. gelisah.. semuanya bercampur baur..







 MH 370 please come back... 
satu dunia menanti mu..