Monday, September 15, 2014

From Taiping With LOVE - entry yang tertunggak

Taiping here we come!!!

Sudah lama saya berjanji dengan anak-anak mahu bawa mereka ke Zoo... So yang terdekat dgn kami ZOO TAIPING lah..... tengok anak-anak pun dah sihat... lepas raya suami booked Kama Lodge.. saya pernah sekali menginap di situ atas urusan kerja.. memang best dan menarik sekali.. harga pun berpatutan. kami ambil bilik yang biasa sahaja sebab percutian bajet. Kepada pengunjung-pengunjung yang akan melawat Taiping, saya syorkan pilih Kama Lodge.

15 Ogos 2014

10.00 pg - Kami bertolak dari Kuala Kedah. Saya membawa bekal nasi lemak dan kami sekeluarga berkelah di RNR Gunung Semanggol. Mmg best tak terkata berkelah sambil anak-anak bermain di Taman Permainan. Kami tiba di Taiping jam 12.30 tgh, hero besar dan kecil saya ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.. dan saya serta 2 anak laki menunggu di dalam kereta.... Sejuk dan nyaman ja Taiping ni... 


2.30 ptg - kami check in di bilik. rehat seketika dan tidurkan anak-anak sementara nak meronda Pekan Taiping di petang hari.

5.00 ptg - kami lepak di Taman Tasik Taiping.  Anak-anak saya tak banyak ragam. Asalkan tempat itu ada taman permainan dah cukup baik buat mereka. seronok tak terkata sampai tercungap-cungap penat berlarian.




6.00 ptg - kami anak beranak mandi sakan kat pool... pool tu kami yang punya.. tak ada manusia ka kat Kama Lodge ni selain kami??? hahahaha


8.30 mlm - kami makan di restoran Kama Lodge dan bergerak ke Night Safari.. dah ronda satu pusingan dengan train, kami nak berjalan pula kan... ya la tak puas kot 1 pusingan saja... habis saja 1 pusingan hujan turun pula.. Syukur hujan rahmat. tapi kesian anak-anak tak puas pula... balik bilik saya wasap dengan group sek saya. Sek Men Sultanah Asma, Alor Setar..






16 Ogos 2014

Pagi-pagi lagi salah seorang sahabat dalam group wasap saya reply akan ke Taiping juga... nak jumpa kami... YA Allah bestnya ada sahabat yang mcm tu... mcm  nk entertain kami la... padahal mereka tinggal di Manjung.. terima kasih sahabat dunia dan akhirat.

11.30 pg - kami check out dan berjumpa sahabat di Zoo Taiping.. kami masuk sekali lagi disebabkan semalam hujan. tak apa duit habis demi anak-anak... dan yang penting kami sudah merasa masuk zoo siang dan malam..





2.30 ptg - solat zohor dan terus ke restoran Doli yang famous di Taiping (lupa pula nk snap gambar ) boleh tahan la tapi tak boleh lawan Koteow Iman di Alor Setar... hehehehe



4.30 ptg - kami ke Muzium Taiping pula.. bestnya budak-budak ni.. ya lah dah ada kawan. anak saya 3 orang, anak kawan 3 orang. best la...... mereka sungguh enjoy....





6.00 ptg - kami beransur dan beredar dari Taiping. Saya sekeluarga pulang ke Kuala Kedah dan sahabat pun pulang ke Manjung. Memori yang sungguh indah dan tak dapat dilupakan....

Walaupun percutian kali ini hanya percutian bajet dan dekat sahaja namun saya dan keluarga cukup gembira dan seronok..

2 comments:

@na said...

bestnyer nasi lemak homemade...hehehe
siap ada jagung rebus tu...perfect!

SM79 said...

sis @ana
hehehe.... percutian bajet mcm tu la... anak2 mmg suka jagung rebus... kalu beli mahai lebih baik rebus sendiri... :)