Wednesday, March 12, 2008

Cerita Hari Ini...

Ini adalah apa yg mama baca dr utusan online 12 Mac 08 (RUANGAN FORUM).. saja mama nk paste sini utk tatapan semua... sama2 lah kita berfikir... pakat2 la bagi komen sikit sebanyak utk kita berkongsi pendapat.... Moga 5 thn akan datang.. BN akan bertakhta dihati kita semua.. AMIN....
Melayu menang sorak
KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, seperti PRU-10 pada tahun 1999, sekali lagi menggugat penguasaan politik mutlak UMNO di kalangan orang Melayu. Sebaliknya, DAP dan PKR telah berjaya mengancam ‘perpaduan’ dalam BN yang selama ini dikatakan penyelesaian untuk masa depan orang Melayu dan kaum-kaum lain. Masalahnya, segala urusan ini adalah urusan manusia yang pastinya tidak terkecuali daripada cacat cela dan kealpaan yang pada suatu masa nanti akan terkopak luas dan mencetuskan kejutan yang tidak diduga.

Selama ini MCA dan MIC diharapkan sentiasa menjadi pasak-pasak utama kepada UMNO dan sentiasa diberikan kedudukan sewajarnya termasuk dalam Kabinet. Demikian juga Parti Gerakan yang pada tahun 1969 bertanggungjawab dalam Peristiwa 13 Mei, menyertai Barisan Nasional (BN) dan diberikan ‘geran bebas’ atau freehold oleh Tun Abdul Razak iaitu kalau UMNO punya kerusi terbanyak di DUN Pulau Pinang, Ketua Menterinya tetap daripada Gerakan.

Malangnya semua kontrak politik ini tidak kekal kerana kaum Cina dan India sentiasa mengubah cita rasa. Ini disebabkan kerajaan yang diterajui UMNO terlalu murah hati atau lemah kerana membiarkan DAP iaitu serpihan dari PAP - parti yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew dengan perjuangan cauvinisme Cinanya - terus meluaskan pengaruh di kalangan kaum Cina. Matlamat DAP ialah hendak menjadikan Malaysia satu lagi Singapura yang berasaskan meritokrasi. Bermakna Melayu akan dimonopoli oleh bukan Melayu dan meritokrasi pula semestinya tidak ada peruntukan untuk gagasan ketuanan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan institusi-institusi Melayu dari zaman silam.

Seperti orang Cina, kaum India juga kecewa dengan kepimpinan MIC dan akhirnya mereka sekarang lebih mematuhi arahan dari Hindraf berbanding MIC sendiri. Inilah jadinya. Dan inilah satu lagi padah yang menimpa orang Melayu kerana bersikap terlalu terbuka dan mempercayai kaum lain - pendirian yang diwarisi dari zaman Tunku Abdul Rahman. Walhal keadaan sudah berubah kerana orang Melayu lupa bahawa kebanyakan orang Cina dan India di negara ini menganggap diri mereka sebahagian daripada Chinese Diaspora dan Indian Diaspora dulu, kemudian baru sebagai rakyat Malaysia.

Sebab itulah kepimpinan MCA dan MIC sentiasa menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa Cina dan India seberang laut. Tetapi di sebalik semua senario ini UMNO tetap mematuhi kontrak sosial dalam perlembagaan yang digubal oleh pakar-pakar luar negara iaitu setiap rakyat Malaysia mempunyai satu kuasa undi atau one man one vote, bukan orang Melayu ada dua undi atau rakyat luar bandar yang miskin perlu ada suara lebih di Parlimen. Kalau dilihat di negara-negara lain konsep one man one vote iaitu demokrasi ala Westminster inilah yang mengakibatkan rakyat asli Fiji dan Guyana di Amerika Selatan kehilangan kuasa politik mereka menyebabkan pihak tentera Fiji merampas kuasa.

Di sebalik itu, UMNO masih juga baik hati dan masih ghairah bercakap soal perkongsian kuasa BN, yang juga boleh dilihat dalam Kabinet. MCA punya ‘hak mutlak’ bagi Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan. MIC pula untuk Kementerian Kerja Raya. Apa yang dibimbangkan ialah sejak 50 tahun ini, orang Melayu masih tidak bijak bermain politik, amat lurus bendul dan langsung tidak tahu membaca silat terajang musuh politik.

Lagi satu selama ini kepimpinan UMNO sentiasa mengamalkan politics of accomodation atau appeasement atau politik jalan tengah yang hanya baik buat sementara tetapi lebih banyak mudaratnya kepada orang Melayu dan Islam. Contohnya, menjadikan Thaipusam cuti umum sedangkan kaum India minoriti (telah diberi cuti Deepavali) Ia ditambah pula dengan sifat tamak segelintir orang UMNO maka kita berhadapan dengan kemelut yang agak rumit ini, lebih-lebih lagi mengenangkan nasib anak cucu kita.
Jadi melihatkan keadaan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kepimpinan Melayu mesti membuka langkah politik baru untuk mengekalkan kuasa politik Melayu yang tidak mengancam nyawa bukan Melayu.
Contohnya, di Pulau Pinang kesemua DUN UMNO, PKR dan Pas (21) boleh mewujudkan satu pakatan khas untuk Pulau Pinang berbanding DAP (19). Di Selangor, jumlah kerusi UMNO, PKR dan Pas (41) sudah cukup untuk menghalang sebarang kongsi kuasa dengan DAP (13). Di Perak, jumlah 40 kerusi sudah lebih daripada cukup untuk menghalang DAP (18).

Inilah masanya pihak istana dan pejabat Gabenor Pulau Pinang memainkan peranan. Lebih-lebih lagi amalan sekarang memberikan kuasa mutlak kepada sultan dan perlembagaan negeri untuk memilih ketua kerajaan. Kaum Cina dan India perlu diberitahu bahawa pada masa ini pun Melayu Islam keturunan Arab sendiri tidak boleh jadi Menteri Besar Johor dan Kelantan.
– SAAD HASHIM (Ampang.)

0 comments: