Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, March 30, 2015

Doa Agar Mudah Untuk Berbicara

Bismillahirrahmanirrahim...


Doa ini sebenarnya dilafazkan oleh Nabi Musa a.s kepada Allah SWT iaitu di dalam Surah Thaha ayat 25-28, Allah SWR menceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah Nabi Musa a.s.




Ertinya :

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku. "

(Surah Thaha : Ayat 25-28)


Nabi Musa a.s mendatangi Firaun dengan tugas dakwah. Firaun yang terkenal dengan keras kepala, kejam terhadap rakyat dan bahkan menggunakan segala kekuasaannya.  Firaun inilah yang perlu dihadapi oleh Nabi Musa a.s, yang juga pernah diasuh oleh Firaun.  Nabi Musa a.s meminta pertolongan kepada Allah agar urusannya menghadapi Firaun itu dipermudahkan. Nabi Musa telah membaca doa dari Surah Thaha ini. Tanpa pertolongan Allah SWT tidak mungkin nabi Musa a.s mampu bersemuka dengan pemerintah yangs angat zalim dan digeruni pada zaman itu.

Justeri itu, marilah kita sama-sama mengamalkan membaca dia di atas barangkali di waktu kita perlu :

a) membuat persembahan / pembentangan di hadapan khalayah bijak pandai atau sebagainya

b) bersemuka dengan orang yang lebih berpangkat tinggi di pejabat

c) menyampaikan syarahan / ceramah / ucapan atau mengajar di sekolah / universiti dan sebagainya.

d) berhadapan dengan para panel sewaktu interview atau sebagainya

e) sebagai ikhtiar penawar bagi anak yang lambat bercakap

f) berusaha untuk meningkat kecerdasan otak



Saya amat tertarik dengan (e-f) kerana anak seusia 6 tahun masih belum fasih bertutur kata.....

In Sha Allah muda-mudahan Allah dapat membantu HambaNya.. 
Hanya kepada Dia tempat kita memohon...
Hanya kepada Dia tempat kita meminta pertolongan...
Aamin...



Thursday, April 11, 2013

Aurat Kita

Bila difikirkan banyak dosa2 mengenai aurat ni, tertutama sekali bila kita bercampur aduk dgn famili besar. Bukan tak tahu, tapi..........

Sekadar berkongsi idea ...... Wallahualam......

Credit to : Chantek Creations

Credit to : Aunty Fazilah Dahman


Monday, April 1, 2013

Doa untuk anak-anak kita

Sumber : Stylisstar Colection

Insyallah sama-sama kita praktikkan doa yg saya rasa amat mujarab jika kita amalkannya setiap hari untuk anak2 kita...... semoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah, rajin, mendengar kata serta berjaya dalam apa jua yang diceburinya di dunia & di akhirat... AMIN

SAYANG MY TRIPLE S selalu....... (^____^)


Tuesday, March 5, 2013

TIPS - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK


Info dikongsi dari : My Kewpies Outlet dan Excel Qhalif



Anak kita adalah cermin diri kita…….. 



Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. 

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. 

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. 

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. 


Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini. 

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. 

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.


The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.


Tuesday, May 22, 2012

TIPS CINTA

19 TIPS CINTA ANTARA SUAMI ISTERI
yang saya nk kongsi dgn kwn2... yg dipetik dr FB Suami Mithali, Isteri Sejati, Keluarga Harmoni

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari 1 hr seperti tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa utk menelefon pasangan sekurangnya sekali walau sekadar bertanya apa yg sedang dilakukan.

4. Senantiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE you sepenuh hati sebelum kemana-mana, menamatkan perbualan di talian dan sebelum tidur.

5. Senantiasa mencari peluang utk makan tengahari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak2 pd hari bekerja.

6. Amalkan bertanya apa yg berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa utk berbual tentang apa shj dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sblm tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jgn biar berlarutan walau utk satu jam sekali pun apatah lagi berhari2.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya krn apa yg penting ada berada disisi.

10. Jgn sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting utk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan solat berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli utk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan sprt membeli hadiah atau kad utk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam atau seksi atau apa shj yg anda tahu pasangan anda menyukainya.

14. Senda gurau dlm rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa shj yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Senantiasa kenang pengorbanan masing2 sprt susah payah isteri melahirkan anak dan suami yg bekerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta utk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa shj masalah yg timbul, berterus terang dan berbincang bersama utk menyelesaikannya.

18. Senantiasa menyimpan tekad utk menjadi suami/isteri yg baik dlm rumah tangga bahagia krn +ve akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan2 di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sbg titik permulaan utk melakukannya tanpa rasa segan dan malu.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Ya Allah Ya Tuhan Kami, semoga ikatan ini akan berkekalan hingga akhirnya, hingga ke Syurga Firdausi. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Sunday, February 19, 2012

memang suspen betoi.........

Slot Cerekarama di TV3 semalam bertajuk "JUJUR AKU DAYUS"... dengaq tajuk pun dh rasa suspen bg saya... bukan apa, sbb nk tau sgt kenapa jadi dayus dan siapa yg dayus, lakukan Beto Kushairi (Ed) dan Nora Danish (Lis) terbitan Pn. Ziela Jalil... drama yang penuh dgn beberapa suspen smp 3/4 jalan cerita pun dok suspen lagi... nk tau jg kenapa suaminya bersikap demikian.....sbb tu tggu jg smp koi 12....

Ceritanya mcm ni.... kisah seorang anak yatim piatu yang benama Ed dan dibesarkan dirumah anak yatim (Beto) dan bertemu dgn seorang anak hartawan bernama Lis (Nora Danish) yang agak liar dan sosial.. akhirnya mereka berdua bertemu dan berkahwin. Sejak berkahwin Ed telah mendidik Lis menjadi isteri solehah & taat pada suaminya.. selepas 3 bln berkahwin Ed terpaksa ke Jepun selama 1 tahun kerana ada urusan pekerjaannya disana dan ingin membawa isterinya bersama. Namum si isteri enggan bersama suaminya atas dasar kerjanya di Malaysia yang juga agak penting.

Satu tahun kemudian, apabila Ed pulang ke Malaysia, Ed kemalangan dan koma selama beberapa bulan. Siang malam Lis menjaga suaminya yang terlantar di hospital tanpa mengira penat lelahnya demi suami tersayang. Apabila Ed sedar, Lis lah manusia yg paling seronok & bersyukur sgt2. Dia membawa Ed pulang ke rumah mereka.

Start dari babak ni dh mula suspennya..
Suspen 1 - Apabila Ed sedar, dia ada bercakap dengan doktor, tapi masa tu tak ada suara.. hanya pergerakan sja... adoii apalah yg Ed cerita kt doktor nih......????

Suspen 2 - Sejak Ed pulang ke rumah dia tak mahu lagi tidur sebilik dgn isterinya dan tidak mahu jejak kaki ke tingkat atas rumah mereka.. Sanggup dia tidur di bilik tetamu tingkat bawah.. (Mula2 ingatkan si Ed ni dh tidak ada kejantanan lagi sejak eksiden... manalah tau sbb tu dia x mau tdoq dgn Lis.. rupanya salah tekaan)

Suspen 3 - Wujud pula Aishah (Irma Hasmi) yang sarat mengandung dan tidak bersuami dan Ed sanggup menjaga maruah Aishah kerana dia sayangkan Aishah. Ingatkan Aishah mengandung anak luar nikah dengan Ed (salah tekaan rupanya)

Banyak sguh 'punch line' dalam cerita ni... masing2 membuat andaian sendiri kenapa cerita ini mcm ni...

Suspen 4 - Aishah seolah2 mencari Ed untuk menutup malu... bila dh lama2 skit... eh macam Aishah ni mcm isteri kedua dia plak....manalah tau kot bertemu jodoh di Jepun ka kan (salah teka lagi)..... hai suspen semakin memuncak.....

Suspen 5 - sikap Ed totally berubah. Dia langsung tak pedulikan Lis.. Seolah Lis tidak wujud dalam rumah itu.... betapa sedih & remuknya hati Lis apabila suaminya bersikap demikian.. mmg isteri solehah betoi Lis ni... sbb dia x penah nk tinggikan suara pd suaminya.

Tapi apabila Ed bersembang dgn Aishah elok plak.. normal pulak... kenapa nih?????? mesti Lis akan give up dgn Ed suatu hari n anti dan kembali sosial mcm dulu2...... (salah teka jugak)......

Si bapa Lis ni dh mengamuk tak tentu arah dah... sbb Ed dh berjanji akan membahagiakan Lis dan tidak akan buat Lis derita sampai akhir hayat dia.... tp kenapa dia buat Lis menangis hari2 dgn sikap yg endah tak endah aja dgn isterinya. Tapi Lis tetap sabar, dia cakap dekat ayah dia, dia akan taat kepada Ed selagi Ed bergelar suaminya..

Suspen 6 - Apabila kakak Lis (Rozie Rashid) cuba masuk campur & nak redakan hubungan keluarga adiknya yg agak pelik... kakak Lis tanya la Ed sampai bila hubungan ini akan berlarutan mcm ni.... Ed jawab sampai dia tidak pengecut lagi??? Pengecut?? apa maksud pengecut itu dan kenapa?? rasa mcm nk p kopak ja mulut Ed, seolah2 ada emas berketoi2 dlm mulut dia yg berat sgt nk cerita ni psai apa..... Ed ckp dekat kakakipar dia.... rasanya lebih baik kakak tak perlu tahu.....

Yang saya hairan dan sangsi Ed mendidik Lis menjadi isteri solehah dan dia juga sering memohon ampun dan petunjuk dr Allah SWT tapi kenapa dia bersikap dingin dgn isteri. Seolah2 mcm dia tak tahu pula hukum hakam... tapi kalau tak ada punca dia x akan bt mcm tu rasanya sbb dia suami yg soleh. Tu yg nk tahu sgt apa puncanya????

Akhirnya terjawab sudah tekaan itu setelah bapa Lis mendesak dan menuduh dia membuntingkan Aishah tanpa bernikah dgn Aishah.. tapi sedih juga sebelum Ed menceritakan hal sebenar dia telah melafazkan talak 1 kepada Lis.... menangis pula saya time tu.... ya la sbb Lis mmg isteri yg taat setia pada suaminya.. bersabar setiap apa yg suami dia buat dekat dia.... mmg solehah lah.......

Suspen 7 - Lis nangis dan tanya dekat Ed, kenapa sanggup buat dia mcm tuh? tapi Ed tak menjawab, sebaliknya Ed tanya balik kt Lis, kenapa sanggup awak buat mcm ni dekat saya?? ternganga mulut ayah Lis a.k.a bapa mertua Ed... haaaa Lis buat apa pulak?????Lepas ayah Lis mendesak akhirnya Ed ceritakan hal sebenar, tapi sblm sempat Lis menjawab Ed jatuh talak kepada Lis....

Nak tahu ending kena lah tgk sendiri.................. hehehehehe......... jangan mare....


Tapi saya mmg mendapat iktibar dan pengajaran dr cerita tu... antaranya :
1. Dalam hal berumahtangga suami isteri tidak boleh ada kesangsian, jika ada kesangsian suami/isteri perlu selidik terlebih dahulu sebelum menuduh.
2. Si isteri perlu meminta izin utk keluar rumah terlebih dahulu dr suaminya walau dimana sja suaminya berada.
3. Si isteri perlu bersikap jujur dgn suami.
4. Kalu tak puas hati apa2 cakap terus terang jgn simpan dalam hati..
5. banyak lagi........

Ada kwn2 yg komen best ada yg komen.. ada yg komen tak best dan cerita ni besa2 sja... terpulang pada hak individu nk menilainya.. actually saya mmg suka cerita yg suspen mcm ni.... saya tak suka cerita direct dr awai smp habis.... cerita tu tak habis g kita dh blh teka penghujungnya... bosan rasa nk tggu smp habis... sbb tu saya jarang tgk cerita melayu... tp dgn drama ni tersangkut smp habis... sbb semua bermain dgn teka teki utk endingnya.... nak tahu kenapa?? mengapa jd mcm ni??? nk tahu kesudahan jg kan.... tu lah taktik drama yg berkesan..... tahniah Pn. Hjh. Ziela Jalil....

Wednesday, October 12, 2011

KITA SEBENARNYA.....

KITA SEBENARNYA... lebih gembira menyambut 1 Jan dari 1 Muharram
KITA SEBENARNYA... lebih tahu apa itu 14 Feb dari 12 Rabiulawal
KITA SEBENARNYA... lebih membesarka hari Ahad dari Jumaat
KITA SEBENARNYA... lebih kusyuk mendengar lagu dari Azan
KITA SEBENARNYA... lebih suka lepak, tidur dari Solat
KITA SEBENARNYA... labih tahu nama-nama artis dari 99 nama Allah
KITA SEBENARNYA... lebih suka menyebut Hello dari Assalamualaikum
KITA SEBENARNYA... lebih suka menyanyi dari berwirid atau bertasbih
KITA SEBENARNYA... lebih suka memuji manusia dari Tuhan kita sendiri
KITA SEBENARNYA... lebih suka membaca majalah dari buku-buku agama atau Quran
KITA SEBENARNYA... lebih suka konset dari ceramah agama
KITA SEBENARNYA... lebih suka mengumpat dari mendoakan mereka
KITA SEBENARNYA... lebih suka mencarut dari menyebut MasyaAllah
KITA SEBENARNYA... lebih suka kemungkaran dari membuat kebaikan
KITA SEBENARNYA... lebih bangga dengan kejahilan dari bersyukur dgn keimanan kita
KITA SEBENARNYA... lebih cintakan urusan dunia dari urusan akhirat
KITA SEBENARNYA... lebih suka menuju ke syurga dari neraka

(TAPI LAYAKKAN KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH S.W.T ITU????)

Sunday, June 12, 2011

Kisah Mereka

kisah suka duka sudah menjadi lumrah alam... dan kita sbg makhluk Allah hanya perlu redha dgn ketentuan yg telah ditentukannya.... apa yg nk dikisahkan hr ni sekadar pengalaman kwn2 & saudara yg ditimpa musibah....


15 Mei - saya dpt call dr Mr M... mengatakan paksu a.ka adik bongsu mak saya eksiden..... Mr M terus p ke tempat kejadian... dekat dgn Shell, Jln Ke AS Mall... masa Mr M sampai disitu.. masyaallah motor hancoq.... dlm hati mcm mana la keadaan paksu mest parah.... terus ke HSB Bhgn Kecemasan... dia org 1st yg smp sbb dia naik motor.... paksu ad kt Yellow Zone... muka paksu tenang & bersahaja.... tidak ada sedikit darah pun yg mengalir... syukur pd Ilahi..... masa kejadian paksu naik motor dgn anak dia umoq 8 thn.... mujur anak x jd apa... cuma ada kesan luka di lengan sbb tersagat tar.... 1 jam saya, ayah, paktam dan pakngah pun sampai.. km menunggu di ruang tetamu dekat situ... selagi x tahu apa jawapan dr Doktor.. km x akan berganjak... lepaih tu paksu dibawa ke bili X-ray.. keputusan yg km terima masih samar2... 1 jam lg paksu dibawa ke bilik scan.... masa kt sini br sahih, tulang punggung belah kiri patah..... Allahukahbar.... terdiam km masa dengaq.... doktor plak bg tau kemungkinan paksu x blh nk jalan lepas ni... km yg dengaq ni pun sebak... apatah lagi maksu sebg isteri kan... cemana pun paksu ttp kena bedah....


kerana kesalahan kecik.... keadaan paksu jd mcm ni smp bila2???? paksu dilanggar dgn org x reti undang2 bawa keta.... kluaq dr simpang x reti nk stop, tgk belah kiri kanan dlu br kluaq...ni tak... kluaq trus melulu mcm tu ja... kebetulan paksu naik motor dh smp depan simpang dia keluaq trus... so langgar la bhgn kiri paksu....paksu terpelanting smp diverder sebelah... terkena plak punggung dia... paksu dibedah tuk betulkan tulang punggung & of course la kena boh besi.... 36 jarum plak tu... ngeri dengaq.... la ni paksu naik kerusi roda & pakai tungkat aja... susut berat smp 20 kg... Ya Allah... kuatkan semangat maksu utk tempuh semua ni.... serta paksu semoga cpt sembuh sprt sediakala....


1 Jun - terima kol dr intan (ex-SAS), bg tau suami kpd Mazni aka Mini meninggal..... masa tu plak tgh tidoq sbb posa... tergejut.. jantung kencang rasa... Innalillah..... Mazni teman akrab, km sekelas... duduk sebelah meja masa km tingkatan 5 Darul Aman... tak dpt nk bayangkan perasaan dia.... terus saya kol dia tnpa pikiaq apa2 dh... dia tgk ja no saya naik.... dia terus... sebut "Sue..... Izan dh tak dak dah".... Allahuakhbar... br nk tnya dia dh cerita... dengaq ja tangisan trus saya nagis.... x tertahan dah.... dia minta saya sebarkan pd kwn2 rapat... saya sms beberapa no gang SAS yg saya ada..... br ja jumpa arwah bulan Mac lepas. Semoga arwah Sharizan ditempatkan bersama org2 ug soleh.


3 Jun - tgk FB psai Kak Jue Ex-SAS juga.... suami dia pun meinggal juga.... Allahukahbar.... takut dengar sbb kemarian x mengira usia kan???? bila jd mcm ni...... hanya Allah sja yg tahu perasaan kt suami..... tak dpt nk bayangkan klu dia tak ada.. sbb rasanya belum bersedia menerima dugaan bt masa la ni..... cam x bersedia lgi.... rasanya sapa2 pun tak bersediakan???


4 Jun - ayah & mak mertua paksu saya yg eksiden pun eksiden juga..... Allahuahkbar.. dugaan sungguh tuk maksu... suami dh sakit, mak ayah dia plak eksiden... ayah dia x dak apa2 la.... cuma mak dia sakit bahagn tengkuk... msuk kecemasa... hidung dia berdarah x berhenti2.... tp syukur la yg lain2 x dak apa2 terjadi...

Tuesday, March 29, 2011

pilihlah wanita yang sempurna

Pesanan Rasullah saw untuk kaum lelaki :

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... Jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah... serta jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


WANITA ANANAH

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

WANITA MANANAH


Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk menbangun rumahtangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumahtangganya.


WANITA HANANAH

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya dan dia mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

WANITA HADAQAH


Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja yang dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suaminya botak.

WANITA BASAQAH


Ada 2 makna :

Pertama : Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Tetapi bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini suka dipuji2. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasinya.

Kedua : dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan dengan orang lain bahagiannya.

WANITA SYADAQAH


Banyak bercakap. tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja banyak cakap. Kebecikan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Oleh itu jadilah wanita yang bergelar Muslimah. InsyaAllah....

Dicatat oleh Iman Al-Ghazali

Tuesday, February 22, 2011

Boy or Girl

Tajuk tak blh belah... hahaha suspen ja... pg td search tips untuk mendapatkan anak perempuan macam mana kan.... saja ja... persediaan awal (ceh..... ceh.....), so blh la kongsi2kan dgn kawan2 semua.... mana lah tau berhasil...
Untuk mendapatkan anak lelaki :
1. Disyorkan suami banyak memakan makanan yg tinggi proteinnya... seperti daging dan isteri pula banyak memakan makanan yang nutreal seperti sayuran dan sebagainya.
2. XXX dilakukan pada hari kedua kesuburan.
3. 20 minit sebelum XXX, bilaslah vagina dengan 15ml soda yang dicampur dengan 200ml air bersih.

Untuk mendapatkan anak perempuan :
1. Disyorkan suami pula banyak memakan sayuran manakala si isteri pula banyak memakan daging.
2. XXX juga dilakukan pada hari kedua kesuburan.
3. 20 minit sebelum XXX, bilaslah vagina dengan 15ml cuka yang dicampur dengan 200ml air bersih.

Tak pasti kesahihannya, tapi insyaallah... tak salah kalau mencuba... manalah tahu ianya berhasil.

Doa Harian

Amalan doa ini seelok-eloknya diamalkan setiap hari... tp mmg la masa kecik2 dlu blh la hafal doa itu... ini... tp bila dh besaq, dewasa tidak plak amalkan... yg masih diamalkan doa makan, doa lepas mkn, doa tidoq... doa2 lain entah kemana... doa naik kenderaan, doa masuk keluar tandas, doa lihat cermin, doa pakai baju... kadang2 termalu sndiri pd anak si Syamim.. ya la dia tadika Islamic... sure la diajar sebegitu rupa... malu sbb dia blh hafal doa2 tersebut... smp dia tnya mama ni x reti baca doa ka... adusss SENTAP..... adus... kena bnyk rujuk semula buku2 utk doa amalan seharian....
Tp akhir2 ni saya selalu amalkan doa ketika memulakan kerja...& ketika akhir kerja.. mmg terpampang di dinding tempat kerja... (request dr Pn. Eta Basheer)
DOA KETIKA MEMULAKAN KERJA
~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
"Ya Allah.. Aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung kepada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukkan yang ada di dalamnua. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya.." AMIN
(Hendaklah dibaca sebelum memulakan kerja)
DOA KETIKA AKHIR KERJA
~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
"Ya Allah, Aku serahkan pada Mu pekerjaan ini dan jiwa raga ku dan Aku bertawakkal kepada Engkau Ya Allah.."
AMIN
(Hendahlah dibaca ketika urusan kerja hari tersebut telah siap)
Saja-saja nak kongsi bersama rakan-rakan.. sharing is caring...

Thursday, February 17, 2011

Test Mata Kejap


Cuba lihat 3 titik di tengah-tengah kalimah Allah selama 10 saat,
kemudian cuba anda lihat dinding kosong berhampiran anda selama 10 saat..
Subhanallah... rasa sangat kagum dgn kurniaan yg beriNya... Sungguh Indah Sekali...
Syukur padaMu...

Wednesday, February 9, 2011

Semuanya Kerana ALLAh

Untuk renungan bersama.. tiada sebarang alasan untuk mengatakan TIDAK... kerana ianya WAJIB dilakukan... untuk peringatan kepada diri sendiri serta juga rakan-rakan.. Hidup mati kita hanya kerana ALLAH SWT.... wallahualam..

Tuesday, January 11, 2011

Hanya seminit

Untuk renungan bersama kawan-kawan dan sama-samalah kita perbaiki apa yang terkurang untuk ke Jalan Allah... wallahualam.
Betapa besarnya nilai wang kertas RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya nilai RM1 apabila kita ke Mall utk membeli barang.
Betapa lamanya melayani Allah walau hanya 15 minit; namun betapa singkatnya masa jika kita melayari Filem di kaca TV.
Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa; namum betapa mudahnya jika mengata atau mengumpat org tanpa berfikir panjang.
Betapa asyiknya apabila waktu perlawanan bola sepak dipanjangkan; namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sikit dari hari biasa.
Betapa sulitnya membaca 1 helai daripada muka surat Al-Quran; namun betapa mudahnya membaca 100 muka surat dari novel atau majalah hiburan.
Betapa beriya-iya duduk di depan jika ada konsert atau pertandingan dlm hiburan; namun kita lebih senang dan selesa duduk di saf belakang jika berada di masjid.
Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata-mata; namun alangkah sulitnya untuk menahan nafsu 30 hari sahaja ketika berpuasa.
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu solat 5 waktu setiap hari; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam tempoh sekejap pada saat-saat terakhir untuk event yang menyenangkan.
Betapa sulitnya untuk mengerti isi kandungan di dalam Al-Quran; namum betapa mudahnya untuk mengulangi gosip-gosip yang sama setiap hari.
Betapa mudahnya untuk mempercayai apa-apa yang terkandung di dalam surat khabar; namum betapa kita meragui apa yang terkandung di dalam Kitab Suci Al-Quran.
Betapa takutnya kita pada Boss ketika dia panggil dan terus masuk mengadap; namun betapa berani dan mengambil masa yang lama untuk mengadap pd Yang Maha Esa, selalunya di penghujung waktu solat.


Monday, January 10, 2011

7 Kalimah

Saja saya nak berkongsi dengan rakan2 semua tentang betapa pentingnya 7 kalimah Allah di sepanjang hari & sepanjang hidup kita... semoga kita sama2 beramal agar kita terpandang mulia disisiNya.
Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa


Thursday, December 16, 2010

Ntah......

Tajuk x blh belah.... hahahhaha.... dlm2 dok serabut & kusut stil blh bt lawak... tp hanya Allah yg mengerti situasi aku ketika ini.... ssh nk terluah bila apa2 sja melibatkan keluarga.... smlm tgal saya berdua dgn ayah..... yg len2 ad hal... mak pergi mengaji... adik2 blum blik keja... en hubby outstation.... apa2 hal saya mmg respect ayah... klu dia nk tegur atau luahkan sesuatu kpd seseorg.... dia akn ckp face 2 face.... & x akan ad org lain yg mendengarnya.....walaupun emak..... maruah anak2 kena jg dia kata..... i love u dad....

Actually en hubby mmg ad problem ngan family dia... sesapa yg penah saya luahkan akan paham cerita ini... & akan tau depa tu style mana... cuma la ni tempiasnya koi mai skit2 kt en hubby.. ya la bila ad salah apa skit... ayah akan sangkut dgn famili..... en hubby ni kdg2 ad slahnya.. ketegaq juga... satu g org kedah kata suka bt loi..... ayah bila geram dia x marah dia pendam ja.... yg jd mangsanya saya... ayah akan tegur en hubby melalui saya... dia x nak menantu dia terluka & berkecil hati... ayah ni jenis straigth & agak garang.. & berdisiplin skit dr segi agama & segalanya.... mmg dlu masa km kecik2 geram gak ngan ayah... tp bila besaq... syukur pd Ilahi dikurniakan ayah sebegitu.... bila blh banding2kan dgn rakan2 yg len & jg mertua...

Bnyk juga luahan perasaan ayah pd saya... ttg besannya.... dr dlu smp la ni... dia lbh memahami & blh rasa..... mungkin sbb dia org tua kan... ikut suka la cemana pun depa... cuma ayah minta sgt2 mertua menyayangi kami 4 beranak sepenuh hati... mcm mana yg dia lakukan tiada beza kasih sayang semua anak2, menantu & cucu2nya....
Apa yg mampu saya katakan.... tp apa yg dikatakan ayah sebenarnya benar belaka... cuma apa yg saya minta ayah terima suami sepenuh hati... jgn dikaikan lagi dgn familinya.... biarlah mereka dengan dunia mereka..... apa yg saya mahu adalah kebahagian bersama suami & anak2...

Dikala ini..... senyuman anak2, kelaku anak2 penawar duka lara... suami pula sibuk sejak dua menjak ni... malam2 baru km bertemu.... rindu betoi nk privacy ngan family... sbaq ya anak2.. tggu abah tak dak keja kita p holiday....itu janji en hubby pg kami.... utk tenang2kan fikiran



Monday, August 23, 2010

Ceritera Hari Ini

Td masa lunch saya ke pacific...boring dok dlm off pun...kebetulan nk p tukaqkan seluaq si Syamil... beli semalam saiz terkcik skit.... kena la amik saiz besaq..

Masa tgh syiok2 layan baju baby kt Baby Kiko Corner... dengaq bising2 kt Sun Baby Corner... ceh2.. saya cuba nk sebok2kan diri..so p la belakon belek2 baju kt Anakku Corner sebelah ja ngan Sun Baby Corner tu...**punya la nk ebok kan**

Ada la sorg Hamba Allah nih.. pangkat2 tokwan la dr segi fizikal... nmpk smart.. branded, bergaya.. sekali tgk cam org kaya gituh.. ngan jam RADO... ewah sempat g aku nmpk jam tgn dia.. mai dgn sorg budak around 3 yrs gutu lah.. pakcik tu actually nk beli overall kt baby boy.. maybe cucu dia la jugak... dia nk beli baju umoq 6 bln.... mgkin la salesgirl tu pun tunjuk la baju tuh...(saya tak pasti sbb tak nmpk lg masa nih)

Ni dialog yg saya dengaq la..

Pakcik : Ishh tak kan baju nih kot hat umoq 6 bln...

Salesgirl : Hat ni la pakcik... yg ni 6-12 bln..

Pakcik : hampa ni pikiaq la tgk.. budak 6 bln mana blh merangkak pun lg.... baju ni besaq nih (nada suara mula tinggi)

Salesgirl : Pakcik baju nih blh pakai dr 6 bln hingga 1 tahun... tgk juga bada baby tu... x sama ada yg besaq ada yg kecik...

Pakcik : Ish2 x logik2 aihh.. aku x puas hati... baju ni besaq nih.....(dok ulang ayat tu ja dr td)

Salesgirl : Senyum ja

Pakcik : Pikiaq tgk la baju ni mcm budak dh blh jalan....hampa nih reti jual baju ka dak??? (lor tak habis lg dia beleter)

Budak tu kan nk tau pa dia tlg jual ja.. lg pun bukan tugas dia tagging code baju kan...p la beleter kt kilang Sun Baby tuh.... hehehehe

Salesgirl : Ramai dh customer yg beli pakcik

Pakcik : Hampa ni tau apa??? Hampa ni kan ada anak pun!!! Jom la balik...payah beli tang nih....(sambil dia tarik tgn cucu girl dia tuh)

Kami yg dok area situ nk gelak pun ada tgk gelagak org tua nih....Sian salesgirl tuh...pakcik tu mmg ckp kuat... smpi semua mata tertumpu kt depa 2 ja... malu dia..yg bestnya ayat salesgirl tu yg last...

"Org tua ni ada duit ka dak nk beli nih???" Hahahahah..km trus gelak sbb dh tak tahan sgt kan....

Hai ni la sikap manusia noh... mcm2 perangai...ujian di Bln Ramadhan la nih...
rasa mcm nk p menyanyi ja lagu nih kt pakcik tuh..ada juga org mcm ni noh....

~BUDI BAHASA.....BUDAYA KITA~