Selamat Tinggal 2011 yang penuh kenangan, suka dan duka.... terlalu banyak memori thn 2011 yang boleh diamati sbg pengajaran, yang akan dpt membantu aku mengubah hidup serta pendirian.. akan ku pelajari.. hanya aku, dia dan mereka sahaja yang mengetahuinya... walau berat nk memikul, berat nk menjinjing.. namun akan ku gagahi jua..... akan aku ambil sbg ikhibar didalam hidupku..
Selamat Tinggal 2011 yang penuh kegembiraan, keseronokan, penuh dengan gelak tawa, penuh dengan usikan mesra... semoga segala kegembiraan kami bersama akan berterusan hingga ke akhir hayat...
Kini menjelangnya tahun 2012 yang penuh cabaran, di mana anak sulung telah memasuki alam persekolahan... aku perlu lebih tumpukan pada pelajarannya jika mahu anakku berjaya. Semoga tahun ini rezeki akan lebih menjadi murah, akan masuk rumah baru.. akan dapat baby baru (Insyaallah)... akan dapat gaji baru... hehehehe buatku tersenyum sepanjang masa bila mengingati saat2 manis ini....
Tahun baru 2012 sudah tiba, penuh dgn azam.... ada azam ka??? hahahaha... penuh dgn semangat untuk perbaiki segala kekurangan... akan ku perbaiki segala amalan kepadaNya.. akanku pelajari dan perbaiki apa yg kurang... semoga segala kesilapan, kesalahan serta dosa-dosa yang lalu dpt diampuniNya... sbg mahkluk tuhan, tak dapat lari dr alpa serta kesalahan... aku hanya mampu berdoa dan bertaubah... semoga Kau tunjuk kpd lu jalanMu yang lurus dan jalan mana yang Kau redhai... Semoga Kau murahkan rezeki hambaMu ini, suamiku, anak2ku serta keluargaku...
Amin Ya Rabbal A'lamin.