Tuesday, May 26, 2009

Ciumlah Anak-anak Anda

Mama dapat petikan ni dr email yg mama terima dr kawan mama (Pn. Ermawati).. Rasa menarik sgt tuk dikongsi bersama kawan-kawan...

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Wednesday, May 20, 2009

4th Bezday

17 Mei 2009 genaplah usia anak mama ni 4 tahun.. hehhehe seronok x terkira si syamim ni bila maktok dia ajak mkn2 tuk celebrate di rumah kuala kedah... tp maktok nk buat 16 mei mlm... time konsert AF final... sbb 17 Mei tok ayah nk kena g Sabah (KK).. ad keja kt sana... disbbkan maktok nk sponsor.. :) km 1 famili ikut aja.... cuma maktok minta mama sediakan kek... of course la mama volunteer kan....Kami buat kecilan2 jer celebration ni... juz dgn adik beradik mama kt kuala kedah jer... time ni sian adik bongsu mama a.k.a paksu syamim yg keja kt UPSI, x dpt balik sbb ad kursus induksi umum kt pangkor.. sedih ja dia bila tau km bt mkn2 gutu... dia ngan syamim mmg rapat sgt.. gmbar atas ni km posing sblm acara potong kek... :). mula2 mama cadang nk order kek BEN10 cartoon kegemaran dia tu... tp kt kedai KEK SAYANG x der plak corak tu... so mama order ja Ultraman... blh la jg.. dia layan la gambar ni kan...

Ok ni plak the presents yg dia dpt.... x bnyk la... sbb 8 org jer... so 8 hadiah jer la yg dia dpt... hehehhehe. kebanyakan baju la... sng klu baju ni... maktok, tok ayah, mama, & pakteh beli baju... klu mainan bukan dia nk main sgt... last2 dok jer lam kotak kan... klu baju ka dia mmg suka ulang pakai... dia ni style appriciate la klu org beli baju la kan... tabung teady bear tu plak makngah dia bg.. dia suka la... dia ni suka buka beg duit mama cari syiling... hahhahah tu kira syiling tu dia punya la & masukkan dlm tabung.. abah plak bg buku & pencil box.. buku ABC & 123.. makcik dia bg patung BEN 10.. yg ni 1 lg dia teruja... dok suruh mama bli lama dh... tiba2 dpt lak present tu kan... seronok la.. last sekali kwn pakteh dia aka aweks dia dr KL turun nk smbut bezday syamim... heheheh dia bg underware BEN10... hari2 nk ulang pakai...

Thanks tuk Mak, Ayah, Kakngah, Ein, Aini & Gee sbb sudi nk celebrate bezday syamim... terharu sgt... Thanks 4 the presents too...

Wednesday, May 13, 2009

Surah Al-Ahqaaf, Juz 26, Ayat 15

Seorang sahabat telah memberikan mama 1 doa khas buat ibu mengandung... Doa ni mama ingin berkongsi bersama teman2 yang mengandung di luar sana @ ibu yg bakal mengandung... Surah ini adalah dari Surah Al-Ahqaaf, Juzuk ke 26, Ayat 15..

Marilah kita sama-sama menghayati maksudnya dan mengamalkannya untuk kesejahteraan keluarga untuk mendapat zuriat yang berkualiti serta beramal soleh..

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa dengan sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah ia dengan berkata :

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur aku minatMu yang Engkau kurniakan, kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat dan kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk dan patut kepadaMu)"

Amin Ya Rabbal A'lamin

Monday, May 11, 2009

Happy Anniversary to Ayah & Mak

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-31
ditujukan khas buat
Ayahanda Shaari Awang dan Bonda Azizah Taib...



Semoga hubungan ini berpanjangan sehingga akhir hayat bersama anak2 serta cucu & bakal cucu ayah & mak... semoga hubungan keluarga kita semakin erat & berbahagian selalu hendaknya.... AMIN..
Kami semua sayang ayah & mak selamanya... diharap ayah & mak sentiasa sihat & dipanjang umur...

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Saya nk ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada bonda tersayang iaitu Puan Azizah Taib... terima kasih mak kerana menjadi mak yang terbaik & terhebat di dunia... u're so wonderfull... terima kasih kerana penat lelah menjaga karenah anak2 mak dr kecil sampi sekarang ni.... Kasih sayang yang diberikan ini terlalu berharga & tidak dapat dinilai dengan kebendaan...

Tidak ketinggalan juga kepada ibu mertuaku.... Pn. Che Mah Ishak.. terima kasih kerana menjadi ibu mertua yang terbaik.. kerana penat melayan karenah menantu & cucu mak.... :)

Kepada ibu2 saudaraku yang tersayang iaitu Makteh (Pn. Azizul), Makcik (Pn. Azmah), Maklang (Pn. Habsah), Maktam (Pn. Chemorah) & Maksu (Pn. Siti Salhah).. Tak lupa kepada kakak ipar... Norhaniza Rahmat yang berada di Penang & kepada adik ipar.. Mushida Rahmat... Saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU PADA 10 MEI 2009. Semoga kalian berbahagia bersama keluarga tersayang.

Kepada kawan2 & pengunjung blog yang bergelar ibu.... SELAMAT HARI IBU... Happy Selalu bersama suami & anak2....

Terima kasih kepada semua yang telah menghantar SMS kepada saya semalam dan hari ini.... terima kasih yang tidak terhingga....

MY HUBBY:
SELAMAT HARI IBU SAYANG,... TERIMA KASIH KERANA MENJADI ISTERI & IBU YANG TERBAIK... SEMOGA MAMA LEBIH CERIA DIHARI2 YANG AKAN DATANG.. SEMOGA KITA BERBAHAGIA SELAMANYA.. BERSAMA ANAK2 KITA...

AINIE:
Happy Mothers Day, semoga menjadi ibu yang penyayang & ceria2 selalu.. :)

BONDA TERSAYANG:
"SELAMAT HARI IBU" mak ucapkan buat mu sayang... semoga hidupmu beroleh keberkatan dan dilindungi Allah hendakNya dan ceria2 lah selalu disamping keluarga tersayang..

KAKNGAH:
Dearest My Luvly Sis..
# Hepi Mother's Day
# Hope u can bcome the 2nd place 4 the best mother in the world after our "mak"... :)

NA ALEENA (SAS):
My Dear Friend, happy mother's day.. May u enjoy ur motherhood moment....

HANIM (SAS):
GOD never takes a DAY OFF to love, to care n guide you in every moment in ur life, May His presence be with u today and always.. HAPPY MOTHER'S DAY..

ROSMI (SAS):
A mother's day message 2 all d pretty mothers..
A mum is rose whose petals are soft..
A mum is a lily whose stem is tall & strong..
A mum is person who is never wrong..
A mum is a person you should be Loved forever..
Trust her, believed her & never doubt her..
From 1 mum to another.. Pass this to someone who you think is a good mum..
I just did it :)

Wednesday, May 6, 2009

Kisah Kami

Ptg semalam smp ja kt sek syamim.. dia trus bercerita.. smp x sempat2 nk msuk kereta.. amboi dh x sabaq sgt anak mama nk crita... pg semalam Tadika Al-Fathonah buat lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah.. dia pun cerita la..

Syamim : Mama tau dak td.. mim p kt situ... bangunan besaq.. mim p naik bas ngan kwn2.. km dok 3 org kt kerusi tu mama... mim, adam ngan haikal...
Mama : P mana?? (mama buat2 x paham.. padahal mama dh tau dh depa nk p mana)
Syamim : Alah... yg dekat situ tu mama... ishh nama pa x tau... lupa dh.. ad bnyk buku2 kt sana mama... nnti mama bawa mim p situ lagi tau... syiok la....
Mama : Lagi.. buat pa lg...
Syamim : Cikgu bawa mim ngan kawan2 p satu bilik tu.. besaq... ad TV mama.. org tu kan buka gambaq kt kami... km tgk TV.. syiok ooo....
Mama : (mama cuma gelak ja la tgk gelagat dia bercerita.. siap dgn tgn2 dia sama... nk menangis pun ada.. tak terasa plak anak mama dh besaq rupanya)

Samp ja rumah.. abah trus ajak km p pasar mlm kt Kepala Batas.. dia kata mama x yah masak hr ni.. (dlm hati mama rasa mcm nk lompat)... hehheheh. Sampai sana abah trus p kt bahagian ikan... (eh kata x yah masak.. igtkan nk beli makanan siap dh.. awat dok beli ikan plak...) Mama ikut ja la... Abah beli daging, ikan, sayur, udang... terliur plak... Lalu kt durian.. aduhai... bau semerbak... trus bisik kt abah.. teringin la nk makan durian.. Abah pun beli la sebiji kt mama... utk lepas mengidam tu... hehhehe Syamim cam besa x lepas dgn nugget & dadih dia.. feveret sgt la klu p psar mlm.. benda tu ja la yg dibelinya..

Blik rumah abh terus suruh mama masak nasi.. dia yg siang ikan semua... potong sayur & hiris daging... Mama x tolong buat pa pun... juz masa nasi ja... Last2 mama dok layan syamim kt ruang tamu... mama dengaq la abah dok tumis2 pa semua... hehhee seronok la abah hari ni... suruh mama releks ja... suprise betoi apa yg abah masak ni.. mama x mau ganggu dia... Lepas Magrib ja km trus makan.... Rupanya abah masa daging sambal tumis petai, ikan goreng... sayur air.. sambal belacan... terbuka betoi selera mama... Syamim siap 3 pinggan... hahhaha best sgt.. walau mkn simple camtu.. tp happening gilala.... Thanks to My Lovely Hubby... Love U So Much Dear...

Tuesday, May 5, 2009

13 weeks

Hari ni 5 Mei 2009.. so genaplah usia kandungan mama 13 minggu.. pg td mama g check up bulanan cam biasa kt Klinik Kesihatan Kepala Batas... tp yg x bestnya berat mama turun 500g untuk tempoh sebulan ni... kenapa plak?? sepatutnya naik 500g dlm masa sebulan... pening kepala bila pikir... mkn lalu... alahan x dak... hai mcm mana lak blh jd begini.. so mama kena la mendengaq nasihat Dr. kan... nasihat pemakanan & kesihatan... pastu mama g makmal tuk buat urin test plak... sekali lg mama pening kepala pikir... urin mama kotor plak... Ya Allah kenapa la ujian ni Kau berikan kepada ku... so mama kena la ambil 2 jenis ubat tuk nuetralkan semula urin mama... (1) Cephalexine Monohdrate (kapsul) (2) Potcit Mixture (cecair)... so mama kena la jump semula Dr pada 19 Mei ni tuk next check up...

Hai.. x pernah rasa mcm ni... x pernah pula jd mcm ni masa mengandung kt Syamim... risau pun ada.. Dr nasihatkan mama minum air masam secukupnya... sebanyak yg mungkin... Ya Allah semoga Kau permudahkan semuanya... Sihatkan kandunganku.. sihatkan tubuh badan hambaMu ini... harap2 19 Mei ni berat mama dh mula naik & urin mama dh elok kembali.. AMIN....