Sunday, February 19, 2012

memang suspen betoi.........

Slot Cerekarama di TV3 semalam bertajuk "JUJUR AKU DAYUS"... dengaq tajuk pun dh rasa suspen bg saya... bukan apa, sbb nk tau sgt kenapa jadi dayus dan siapa yg dayus, lakukan Beto Kushairi (Ed) dan Nora Danish (Lis) terbitan Pn. Ziela Jalil... drama yang penuh dgn beberapa suspen smp 3/4 jalan cerita pun dok suspen lagi... nk tau jg kenapa suaminya bersikap demikian.....sbb tu tggu jg smp koi 12....

Ceritanya mcm ni.... kisah seorang anak yatim piatu yang benama Ed dan dibesarkan dirumah anak yatim (Beto) dan bertemu dgn seorang anak hartawan bernama Lis (Nora Danish) yang agak liar dan sosial.. akhirnya mereka berdua bertemu dan berkahwin. Sejak berkahwin Ed telah mendidik Lis menjadi isteri solehah & taat pada suaminya.. selepas 3 bln berkahwin Ed terpaksa ke Jepun selama 1 tahun kerana ada urusan pekerjaannya disana dan ingin membawa isterinya bersama. Namum si isteri enggan bersama suaminya atas dasar kerjanya di Malaysia yang juga agak penting.

Satu tahun kemudian, apabila Ed pulang ke Malaysia, Ed kemalangan dan koma selama beberapa bulan. Siang malam Lis menjaga suaminya yang terlantar di hospital tanpa mengira penat lelahnya demi suami tersayang. Apabila Ed sedar, Lis lah manusia yg paling seronok & bersyukur sgt2. Dia membawa Ed pulang ke rumah mereka.

Start dari babak ni dh mula suspennya..
Suspen 1 - Apabila Ed sedar, dia ada bercakap dengan doktor, tapi masa tu tak ada suara.. hanya pergerakan sja... adoii apalah yg Ed cerita kt doktor nih......????

Suspen 2 - Sejak Ed pulang ke rumah dia tak mahu lagi tidur sebilik dgn isterinya dan tidak mahu jejak kaki ke tingkat atas rumah mereka.. Sanggup dia tidur di bilik tetamu tingkat bawah.. (Mula2 ingatkan si Ed ni dh tidak ada kejantanan lagi sejak eksiden... manalah tau sbb tu dia x mau tdoq dgn Lis.. rupanya salah tekaan)

Suspen 3 - Wujud pula Aishah (Irma Hasmi) yang sarat mengandung dan tidak bersuami dan Ed sanggup menjaga maruah Aishah kerana dia sayangkan Aishah. Ingatkan Aishah mengandung anak luar nikah dengan Ed (salah tekaan rupanya)

Banyak sguh 'punch line' dalam cerita ni... masing2 membuat andaian sendiri kenapa cerita ini mcm ni...

Suspen 4 - Aishah seolah2 mencari Ed untuk menutup malu... bila dh lama2 skit... eh macam Aishah ni mcm isteri kedua dia plak....manalah tau kot bertemu jodoh di Jepun ka kan (salah teka lagi)..... hai suspen semakin memuncak.....

Suspen 5 - sikap Ed totally berubah. Dia langsung tak pedulikan Lis.. Seolah Lis tidak wujud dalam rumah itu.... betapa sedih & remuknya hati Lis apabila suaminya bersikap demikian.. mmg isteri solehah betoi Lis ni... sbb dia x penah nk tinggikan suara pd suaminya.

Tapi apabila Ed bersembang dgn Aishah elok plak.. normal pulak... kenapa nih?????? mesti Lis akan give up dgn Ed suatu hari n anti dan kembali sosial mcm dulu2...... (salah teka jugak)......

Si bapa Lis ni dh mengamuk tak tentu arah dah... sbb Ed dh berjanji akan membahagiakan Lis dan tidak akan buat Lis derita sampai akhir hayat dia.... tp kenapa dia buat Lis menangis hari2 dgn sikap yg endah tak endah aja dgn isterinya. Tapi Lis tetap sabar, dia cakap dekat ayah dia, dia akan taat kepada Ed selagi Ed bergelar suaminya..

Suspen 6 - Apabila kakak Lis (Rozie Rashid) cuba masuk campur & nak redakan hubungan keluarga adiknya yg agak pelik... kakak Lis tanya la Ed sampai bila hubungan ini akan berlarutan mcm ni.... Ed jawab sampai dia tidak pengecut lagi??? Pengecut?? apa maksud pengecut itu dan kenapa?? rasa mcm nk p kopak ja mulut Ed, seolah2 ada emas berketoi2 dlm mulut dia yg berat sgt nk cerita ni psai apa..... Ed ckp dekat kakakipar dia.... rasanya lebih baik kakak tak perlu tahu.....

Yang saya hairan dan sangsi Ed mendidik Lis menjadi isteri solehah dan dia juga sering memohon ampun dan petunjuk dr Allah SWT tapi kenapa dia bersikap dingin dgn isteri. Seolah2 mcm dia tak tahu pula hukum hakam... tapi kalau tak ada punca dia x akan bt mcm tu rasanya sbb dia suami yg soleh. Tu yg nk tahu sgt apa puncanya????

Akhirnya terjawab sudah tekaan itu setelah bapa Lis mendesak dan menuduh dia membuntingkan Aishah tanpa bernikah dgn Aishah.. tapi sedih juga sebelum Ed menceritakan hal sebenar dia telah melafazkan talak 1 kepada Lis.... menangis pula saya time tu.... ya la sbb Lis mmg isteri yg taat setia pada suaminya.. bersabar setiap apa yg suami dia buat dekat dia.... mmg solehah lah.......

Suspen 7 - Lis nangis dan tanya dekat Ed, kenapa sanggup buat dia mcm tuh? tapi Ed tak menjawab, sebaliknya Ed tanya balik kt Lis, kenapa sanggup awak buat mcm ni dekat saya?? ternganga mulut ayah Lis a.k.a bapa mertua Ed... haaaa Lis buat apa pulak?????Lepas ayah Lis mendesak akhirnya Ed ceritakan hal sebenar, tapi sblm sempat Lis menjawab Ed jatuh talak kepada Lis....

Nak tahu ending kena lah tgk sendiri.................. hehehehehe......... jangan mare....


Tapi saya mmg mendapat iktibar dan pengajaran dr cerita tu... antaranya :
1. Dalam hal berumahtangga suami isteri tidak boleh ada kesangsian, jika ada kesangsian suami/isteri perlu selidik terlebih dahulu sebelum menuduh.
2. Si isteri perlu meminta izin utk keluar rumah terlebih dahulu dr suaminya walau dimana sja suaminya berada.
3. Si isteri perlu bersikap jujur dgn suami.
4. Kalu tak puas hati apa2 cakap terus terang jgn simpan dalam hati..
5. banyak lagi........

Ada kwn2 yg komen best ada yg komen.. ada yg komen tak best dan cerita ni besa2 sja... terpulang pada hak individu nk menilainya.. actually saya mmg suka cerita yg suspen mcm ni.... saya tak suka cerita direct dr awai smp habis.... cerita tu tak habis g kita dh blh teka penghujungnya... bosan rasa nk tggu smp habis... sbb tu saya jarang tgk cerita melayu... tp dgn drama ni tersangkut smp habis... sbb semua bermain dgn teka teki utk endingnya.... nak tahu kenapa?? mengapa jd mcm ni??? nk tahu kesudahan jg kan.... tu lah taktik drama yg berkesan..... tahniah Pn. Hjh. Ziela Jalil....

8 comments:

Siti Hajar said...

hehe...kak sue, ct ngn jad pun suspen gak mlm tdi...jad yg selama ni jarang tgok citer melayu sedih pun leh sangkut gak ngn citer ni...hehehe

Diamilikku said...

aku mmg duk tunggu drama nih..dari awal dah set reminder...dari duk baca twitter nora danish ngan beto lagi aku mmg duk aim nak tgk...ternyata berbaloi....i lap you lah beto :)

fham5579 said...

haaaa geram sbb nak sgt tgk cita ni tp x dan....best gila bila hgpa nk cita dlm blog hgpa ni tp still ending xdk....fru
p/s: kami plak suka tgk cita melayu sbb x suka cita yg berat2...cita melayu tgk ja xyh tekanan...hahaha

SM79 said...

siti :
tu la kan... suspen jer....

sone :
2 la psai... sbb beto tu trus melekat... dlm samarenda dia jahat.... geram aku... tp yg ni hero... suka suka suka.....

hanim :
hehehhe ending dia happy ending la... depa rujuk balik setelah bercerai.... tp km menitis ayaq mata la masa last part tu... syahdu la pulak....

iEtaFAkyR@ said...

kan! siap berperang kt bbm. hahahaha beto beto... tp mmg best citer ni. trending kot kat twitter mlm tu. dah mcm ombak rindu lak ranking. lalalalala

SM79 said...

ieta :
tu la psai... pdahal drama ja... tp mmg best... puas hati tgk... beto mesti naik melonjak pasni... la ni pun dh bnyk drama lakonan dia... hehehhe

yang jauh di sana said...

aku nganga jgk cerita ni...ingatkan memang nora danish tu jahat...tapi kesian...dia ngan beto mangsa keadaan dalam cerita ni....hat penting depa together again....and they live happilly ever after....*hat ni skrip tambahan* muahahahhahahahahha :D

SM79 said...

eta :
2 la psai... depa laki bini dok berahsia.... tu payah no.... sian depa dua jd mangsa keadaan....