Monday, November 2, 2009

Dalam Kenangan 1946-2009

30 Okt 2009, merupakan hari terakhir bagi arwah ayah metua mama (Rahmat Mat Noh)... mama & mr abah merupakan orang terakhir yang bersembang dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.. sungguh tak sangka.. tak sampai 10 minit kami bersembang bersama.. kami telah kehilangannya.... pemergian yang tidak duga... tapi kita sebagai makhluk Allah perlu redha dgn apa yang telah tertulis... tanpa ada sebarang penyakit.. arwah pergi meninggalkan isteri, 5 anak, 3 menantu & 6 org cucu.. (anak mama dlm kandungan ni tak sempat nk mengenali tok wan)....

Gambar Kenangan Hari raya Aidil Fitri 2007
















Kronologi 30
Oktober 2009
7.00 pagi - arwah sempa minum pagi bersama isteri, mr abah & mama
7.15 pagi - kami borak2.... arwah begitu ceria menceritakan hal isu semasa..... hal anak2
7.40 pagi - arwah berhajat hendak siram pokok... sementara mak sedang basuh pinggan, mr abah sedang baca surat khabar, mama baru nak masuk bilik air
7.50 pagi - paklang (ada di pintu hadapan rumah) menjerit bagi tau arwah dah terbaring di garaj kereta, mr abah terus berlari ke tempat kejadian... tapi masa tu arwah telah menghembus nafas terakhirnya... mama sedang mandi terkejut dengan suasana yang bising2 terus berlari keluar... arwah sudah tiada... hanya dapat menyaksikan abah sedang meriba arwah di pangkuannya... rasa hampir rebah seolah tak percaya... sedangkan tak sampi 10 minit kami baru sahaja berborak bersama arwah... Innalillahiwainnailahirajiun.....
8.00 pagi - kami angkat arwah msuk ke dalam rumah, dalam pada yang sama najis terus keluar.. mak metua dan mama sedang uruskan pembasuhan najis arwah
8.10 pagi - adik2 ipar membuat panggilan kepada semua sanak saudara
8.30 pagi - urusan mengemas rumah..
8.50 pagi - ambulans datang untuk membuat pengesahan, ramai saudara & jiran tetangga datang berkunjung
2.30 petang - urusan memandi jenazah
3.50 petang - sembahyang jenazah
4.15 petang - pengkebumian jenazah

Ayah Rahmat Mat Noh dalam kenangan (1 Jun 1946 - 30 Oktober 2009)


Gambar kenangan bersama Mak Che Mah di Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur pada Februari 2009.
<-------------------------------------------

Gambar kenangan semasa arwah tenat di Hospital Sultanah Bahiyah pada bulan Jun 2009 -------------------------------------->





Semoga arwah senantiasa dicucuri rahmat dan tergolong didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Al-Fathihah

10 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

al-fatihah

SYAbAR said...

Innalilla hiwainna ilaihirojiun... ALFATIH. Semoga SU sekeluarga tenanang melalui saat2 kehilangan orang tersayang dan semoga roh arwah bapa mertuamu ditempatkan bersama orang2 yang beriman

Naddiea said...

Innalillah...Sue,terkejut aku baca entry hang ni.Mmg baru sgt ni kan.Pengalaman aku dgn makcik suami pun lebih kurang mcm ni.hari raya pertama beraya umah Mak We,esok tu dia meninggal.Mmg terasa sgt.Tp hang lebih lagi.x sampai sepuluh minit ja kan.Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi Arwah mertua hang...

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Ameen...

iEtaFAkyR@ said...

al-fatihah. sama2 la kita jadi menantu yatim... aku pun kehilangan FIL bulan Feb ri tu...

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

Sue...takziah atas pemergian FIL hang. semoga rohnya dicucuri rahmat. hang tu..take care of urself dgn baby dlm perut juga...

SM79 said...

terima kasih semua.... mmg tak disangka.. baru sgt rasa bergurau senda dgn arwah pg tu... terkejut jg... tp sue bnykkan istifar & mengucap ja.... klu sue sbg menantu pun sedih... anak2 arwah (mr abah dan saudara) serta MIL lg la sedih yang teramat kan... sue kena main peranan la tuk sabaqkan semua pg tu.... :(

ladylikeme said...

alfatihah..

takziah pada abang shahrul dan kak sue yerk....

kamar hati said...

Al-Fatihah...
dr DIA kita dtg, kpd DIA kita kmbali...

salam takziah dr Kamar & Keluarga tuk Abg Shahrul, Kak Sue & keluarga....

SM79 said...

to angah & kamar
terima kasih bnyk2....

Mama Dhamianish said...

Sesungguhnya mati itu pasti, yang hidup pastikan mati. Kita sedekahkanla Al-Fatihah moga rohnya di rahmati dan di cucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.Kita sebagai anak perlu terus berdoa kerana doa dan amal anak yang soleh itu dijanjikan allah sebagai ganjaran buat org tuanya....